Monday, September 13, 2004

Hujan

Petang ni hujan lebat sangat.. macam ribut pulak ummu tengok.. insyaAllah, hujan lebat ni bawa keberkatan..

Kejap tadi ummu ke bahagian Admin, rupa²nya ummu dapat memo pengesahan jawatan.. AlhamdulilLah.. syukur ummu, sebab memang itu yang ummu tunggu². Bila dah sah jawatan, baru boleh buat pinjaman, further study dan macam² lagi lah..

Friday, September 10, 2004

Language: Korean vs. Japanese

Ummu suka belajar bahasa.. sekolah ummu, ada subjek PAJ (Perancis, Arab, Jepun).. ummu nak belajar bahasa Jepun.. tapi abah ummu minta ummu ambil subjek Arab, "bahasa Quran" katanya. Mula² tu memprotes juga ummu.. tapi, ummu ikut juga kata abah, cukup lah untuk kenal beberapa perkataan arab..

Sekarang ummu cuba belajar sendiri bahasa jepun tu.. ummu tengok cerita jepun.. cuba sebut perkataan yang simple.. nak belajar secara formal, tak terbuat lagi.. nanti lah..

Semenjak tv kat Malaysia tayang drama² korea, berminat pulak ummu dengan bahasa negara tu.. pada ummu bahasa korea unik juga, macam bahasa jepun.. tapi, kalau tak salah pendengaran ummu, bahasa korea lebih mudah dari bahasa jepun.. ye ke? itu pandangan ummu saja..

Wednesday, September 08, 2004

Report Writing

"In report writing, the words, sentences and paragraphs used must be simple, short and brief.. and an acceptable sentence is about 16 - 18 words long! We need to choose concrete but simple word and the sentences should be in active sentences form. These will aleart reader and attract them to read your report. REPEATED words should be avoided!"

Semalam ummu hadir ke kursus 2 hari berkenaan report writing di pejabat. Banyak maklumat baru yang ummu dapat selain daripada cara menulis laporan seperti personaliti sendiri, penyelesaian masalah dan macam² lagi.
Trend menulis report sekarang ni semuanya straight to the point.. kata lecturer ummu, biar senang pembaca faham dengan idea yang kita nak sampaikan. Ayat² yang ditulis perlulah ringkas dan mudah difahami, ".. don't beat the bush", kata lecturer tu.

Pastu lagi, tengok pula personaliti penulis.. sama ada dia seorang thinker, intuitor, sensor atau feeler.. ummu seorang feeler. Kononnya, feeler person boleh persuade pembacanya.. sebab dia lebih memahami keinginan pembacanya.

Apapun, pada ummu.. kalau kita berkebolehan menulis, kita pasti boleh jadi penulis yang baik..

Kepada encik Ismail Hashim, terima kasih atas pengetahuan yang diberikan.

Friday, September 03, 2004

Sepohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
  • Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  • Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  • Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
  • Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

dipetik daripada Yahoo Group Panoramaku (Reen nazreen6526@yahoo.com)

Thursday, September 02, 2004

Kemerdekaan

Tahun ni macam tahun² sebelumnya, ummu sambut merdeka day di rumah saja.. sambil sarapan, dapat tengok perbarisan di tv. Kadang² teringin juga nak rasa kemeriahan merdeka secara live, tapi bila ummu fikir keselesaan, baik pulak tengok secara live dari tv..

Bila ummu tengok pengisian hari merdeka, terfikir juga ummu betulkah cara kita sambut merdeka setiap tahun? walaupun meriah dan gemilang dengan warna warni, perarakan, konsert.. tepatkah cara kita? Adakah ini yang diingini oleh para pejuang kita dulu?

Bila baca akhbar pada 1 September, pelbagai cerita yang menyakitkan hati terpapar.. kes curi, rogol.. masih sama.. seolah-olah, generasi terkini langsung tidak faham erti merdeka. Ummu sendiri tak pernah rasa hidup zaman 'makan ubi kayu' atau ke sekolah bawa 'kalam batu'.. tapi, bila selalu dengar ayah dan ibu ummu cerita zaman penderitaan mereka dan bagaimana kemewahan yang telah kita rasa pada masa ini, tersentuh juga hati, bergenang juga mata..

entahlah.. bukan mahu menyalahkan sapa², cuma perlu lah muhasabah diri, benarkah kita dan wajarkah kita menyambut ulang tahun merdekanya tanahair seolah² penjajah masih menjajah.. bukan tanahair, tetapi minda dan jiwa..