Saturday, August 28, 2004

Ceramah

Di tempat kerja ummu, setiap Sabtu bekerja mesti diadakan ceramah bulanan.. maklumlah, hari Sabtu tak ramai yang bersungguh² nak bekerja.. Hari ini ceramah mengenai the Learning Organisation.. mula² ingat nak pergi juga.. ummu sendiri pun memang tengah dalam proses 'learning'.. tapi tiba² teringat masih ada kerja yang belum settle..

Sebenarnya masih banyak perkara dalam hidup yang ummu perlu belajar.. hal kerja.. rumahtangga.. anak-anak.. pengurusan masa.. macam² lagi lah.. betullah kata RasululLah, proses pembelajaran kita sebagai manusia, dari dalam buaian sampai lah ke liang lahat.. entah bila ummu akan sampai ke sana ye?


Friday, August 27, 2004

Cara didik anak

Macam-macam cara orang nak didik anak.. ada yang tangan-tangankan.. ada yang suka bagi leteran.. mungkin semua cara itu betul, bergantung pada tafsiran masing-masing.. kalau anak itu degil, mungkin perlu di'tangan'kan.. ikut cita rasa ibu bapa..

Tapi mungkin cara yang ummu ingin praktikkan boleh digunapakai.. maklumlah.. untuk anak sulung ni, semuanya berbentuk eksperimen..

Kata kawan ummu, bila anak tu nak tidur-tidur ayam.. masa tu la bagi nasihat pada dia.. katakan yang dia anak yang baik, pandai, soleh.. ummu percaya juga dengan cara tu.. bukankah kata-kata seorang ibu itu satu doa? InsyaAllah.. anak ummu pun baru nak masuk 5 bulan.. nanti la kita tengok keberkesanannya..

Kerja Hari Jumaat

Selalunya hari Jumaat terasa singkat. Pukul 12:15 tengahari sudah keluar beramai-ramai dari ofis. Ada yang berpoya-poya di SOGO, Jalan Masjid India. Ummu dulu macam tu juga, tapi bila ada buah hati sorang, rasa buang masa pula ke KL.. baik buang masa dengan buah hati pengarang jantung. tak makan pun ok lagi. Tak apa lah, asalkan semua orang bahagia..

Catatan Pertama

Pertama kali menulis di dalam blog sendiri. Selalunya hanya baca catatan lain di internet. Terutamanya catatan sifu MBA yang penuh idea dan informasi