Sunday, July 24, 2005

Aktiviti menyihatkan badan

Semalam, ummu sefamily ke Lake Garden.. husband ummu nak jogging.. ummu tak join dia pun.. biar dia layan si Imran berlari2 kat situ..katanya, layan imran pun dah cukup untuk peluhkan dia.. eheheh.. biar dia tahu macam tu la ummu penat layan imran tiap2 hari..

Bagi ummu pulak, semangat ummu lebih nak mengadap buku.. apa lagi.. untuk ptk la.. boleh la habih satu chapter.. bila lagi kan? kalau kat rumah tu, kena tunggu imran tidur baru ummu boleh bukak buku.. tapi yang selalu jadik, bila imran tidur, ummu pun tidur sekali.. hahahah..

Hari ni, ummu pulak excersice.. bukannya dengan jogging.. tapi, dengan mengemas rumah.. menyapu sampah.. vacum carpet.. buang sawang.. basuh baju.. sidai.. iron baju.. masak.. bla..bla..bla.. tu tak campur dengan layan kerenah imran lagi.. ayahnya, dengan tugasan biasa hujung minggu.. ke pasar.. warrgghh.. penat.. memang tak payah jogging pun dah consider sihat ummu ni.. kan?

Wednesday, July 20, 2005

InfoHunt 2005

Wah.. lama seyy takde entri ummu.. tak sempat nak duduk-duduk depan pc dan taip apa² yang terlintas dalam mind ummu untuk beberapa hari ni.. TQ MBA for 'asking' me to update the blog yesterday.. baru tersedar rupanya dah lama tak jengah blog sendiri.. eheheh... MBA, pemergianmu ke tempat baru dah terasa.. anyway.. gambate ne!

Kat tempat kerja ummu sekarang ni tengah bulan membaca.. banyak la program pihak resource center anjurkan.. salah satu daripadanya, pertandingan infohunt ni.. sebelum² ni ummu tak pernah minat nak masuk benda ni.. entah kenapa tahun ni, nak pulak buat benda² ketidaklaziman ummu tu.. huh.. jangan tak tahu.. sanggup duduk kat library belek² buku untuk cari info yang diminta tu.. hahahah.. ummu ke tu?

Monday, July 11, 2005

Tumbesaran normal..

Satu perangai Imran yang ummu quite hot is dia suka gi betul-betul depan tv untuk ambik perhatian ummu atau ayah dia.. lagi bengang kalau time tu ummu tengah dok buat benda lain i.e baca buku ke, sembang ngan ayah dia ke.. aduh.. geram sungguh.. lepas di tarik jauh sikit dari tv, dia ke situ lagi.. main-main ngan kita plak.. hai... last-last.. ummu tutup je tv tu.. puas hati..

Imran sekarang dah pandai buat perangai.. dah pandai nak merajuk dengan ummu, dah pandai nak bermanja dengan ummu.. dan dah pandai nak cemburu.. pantang ummu pegang baby lain kat nursery tu, dia mesti nangis tergolek-golek minta ummu ambik dia pulak.. aduhai.. cemana nak ada adik kalau macam ni sayang? Kalau dia dengar kereta ayah dia sampai depan rumah pulak.. cepat-cepat dia ke depan pintu nak sambut ayah dia.. hai.. manja sungguh..

Ummu rasa, perkara tu normal la kan untuk baby yang tengah membesar macam dia.. kadang-kadang bila tengok gelagat dia macam tu, terasa terhibur jugak.. Imran pun dah faham arahan sekarang.. kalau ummu minta dia ambilkan botol susu dia ke.. ajak mandi ke.. dia dah boleh buat dengan tepat sekali.. alhamdulillah.. normal la tu..

Thursday, July 07, 2005

Imran dan sungai

Gambar ni amik masa kami bercuti kat kampung.. this is the first time imran diperkenalkan dengan sungai.. mula-mula tu dia macam curious dengan air yang mengalir tu.. tapi bila dah lama dalam air.. tak nak naik pulak.. ahh sudahh..

ummu saja try using the blogger image tu.. pasni senang la dah leh upload je terus dari hard drive ni..

Examinations

Masa lepas habis belajar kat U dulu ummu ingat dah tak payah nak exam² lagi dah.. ummu ingatkan masa kerja memang akan langsung tinggalkan bab 'study & revision' .. tapi, meleset sungguh sangkaan tu..

Bila ummu join jer government, salah satu syarat untuk confirm, kena amik exam undang-undang.. pas lulus tu pulak kena ke induksi umum.. pun kena amik exam masa induksi tu.. bila dah confirm, kena pulak amik PTK.. untuk kenaikan pangkat dan anjakan gaji.. memang la JPA tak tetapkan masa kita amik PTK tu.. tapi, sapa yang tak nak naik pangkat atau naik gaji kan?? cemana pun mesti nak kena amik jugak.. pulak tu, ada TK1 sampai TK6.. huh.. sayup mata memandang.. ummu baru nak mulakan langkah ke TK1..

Tapi, ummu tak nak la pandang exam tu sebagai perkara yang negatif.. tujuan buat PTK tu untuk nak make sure semua orang gomen competent (so they say..).. ok la tu.. dan ummu rasa lagi satu reason is nak orang gomen aware dengan semua dasar yang Kerajaan buat.. ummu confess.. kalau tak exam ni, jangan harap la ummu nak bukak buku Perintah Am, PKPA, dasar-dasar dll tu.. eheheheh....

Hujung munggu ni ummu ngan husband ummu nak start 'mengulangkaji'.. kalau boleh biar la amik sekali jer dan lulus tahap 4.. amin...