Tuesday, November 20, 2007

Kerja dan cuti

Hujung² tahun ni biasanya memang banyak benda yang nak kena settle kat opis.. hujung² tahun jugak ramai yang nak mengambil kesempatan bercuti sebab adanya cuti sekolah.. banyak kenduri.. banyak lagi cuti tahunan yang tak diambil..

Tahun ni ummu pun kena bercuti hujung tahun.. kerja kat opis memang banyak ada kerja.. tapi.. mak mertua nak buat kenduri sambut 2 orang menantu sekaligus tahun ni.. macam manapun kena jugak la ambil cuti.. bukannya cuti makan angin wehhh..

Harap bos dengan rela hatinya luluskan cuti..

Thursday, November 15, 2007

Clear at last

Ummu dengan hubby dah clearkan tanah sekangkang kera depan rumah dah.. lega rasanya.. cuma sekarang ni belum tanamkan rumput lagi je.. ummu siap ambil cuti semata-mata nak buat benda tu masa orang dok sibuk nak deepavali.. boss ummu pun pelik agaknya ummu ambil cuti masa tu..

Alasan ummu, sebab nursery tak cuti.. boleh tinggalkan the boys kat sana while ummu dengan hubby 'bekerja' kat rumah tu.. kebetulan, hari yang sama kontraktor yang buat wiring, cat dll kat rumah ummu tu pun datang nak buat finishing 'touch up' - nak ambil final payment jugak lerr..

Ntah kenapa kontaktor tu rajin pulak menolong bersihkan laman tu.. agaknye diorang kesian tengok hubby (yang tak berpengalaman) 'membajak' laman tu kot.. hahah.. bukan setakat depan je.. belakang pun dibersihkan sekali..

Lega.. agaknya kalau hubby sorang je yang buat.. sampai petang la kot..

Laman depan sebelum dibersihkan









Laman depan selepas dibersihkan









Laman belakang