Thursday, September 02, 2004

Kemerdekaan

Tahun ni macam tahun² sebelumnya, ummu sambut merdeka day di rumah saja.. sambil sarapan, dapat tengok perbarisan di tv. Kadang² teringin juga nak rasa kemeriahan merdeka secara live, tapi bila ummu fikir keselesaan, baik pulak tengok secara live dari tv..

Bila ummu tengok pengisian hari merdeka, terfikir juga ummu betulkah cara kita sambut merdeka setiap tahun? walaupun meriah dan gemilang dengan warna warni, perarakan, konsert.. tepatkah cara kita? Adakah ini yang diingini oleh para pejuang kita dulu?

Bila baca akhbar pada 1 September, pelbagai cerita yang menyakitkan hati terpapar.. kes curi, rogol.. masih sama.. seolah-olah, generasi terkini langsung tidak faham erti merdeka. Ummu sendiri tak pernah rasa hidup zaman 'makan ubi kayu' atau ke sekolah bawa 'kalam batu'.. tapi, bila selalu dengar ayah dan ibu ummu cerita zaman penderitaan mereka dan bagaimana kemewahan yang telah kita rasa pada masa ini, tersentuh juga hati, bergenang juga mata..

entahlah.. bukan mahu menyalahkan sapa², cuma perlu lah muhasabah diri, benarkah kita dan wajarkah kita menyambut ulang tahun merdekanya tanahair seolah² penjajah masih menjajah.. bukan tanahair, tetapi minda dan jiwa..

No comments: