Awal² pagi lagi ummu dah dikejutkan dengan berita gegaran di Sumatera yang berjaya menggoncangkan bangunan² tinggi di Malaysia.. khabarnya ramai yang tinggal di bangunan tinggi lari selamatkan diri.. tak kurang yang lari ke tempat² tinggi spt bukit.. takut tsunami menyerang lagi.. Tapi yang sebenarnya, ummu tak perasan pun ada gegaran tu.. dan tidur dengan lenanya semalam.. ;)
Pada ummu hari ni pun ada gegaran juga.. gegaran dalam jantung yang insyaAllah masih berfungsi dengan baik.. gegaran pertama, tadi ummu melawat anak kawan ummu yang disyaki kena denggi kat Institut Pediaterik HKL.. baby tu baru 9 bulan.. mengalir air mata ummu tengok dia dalam ICU.. Ya Allah, selamatkanlah anak ini dan tabahkanlah hati ibu bapanya.. Ya Allah, peliharalah kesihatan ummu sekeluarga terutamanya anak ummu yangbaru nak mencecah setahun..
Gegaran kedua, dapat berita yang mengconfirmkan bahawa immediate bos ummu dapat naik pangkat dan bertukar ke tempat lain.. tahniah buat bos dapat naik pangkat.. tapi, kecut perut ummu dengan tugasan yang banyak dan perlukan bos untuk buat beberapa keputusan penting tu.. Alahai.. bergegar jantung ummu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment