Abah ummu datang KL ikut rombongan hari Ahad & Isnin.. sebelum sampai KL, dia ada nyatakan hasrat nak jumpa cucunya.. so semalam, ummu bercuti.. khas untuk menemukan tok wan dengan cucunya.. sekurang-kurangnya dapat jugak lepas rindu abah ummu kat Imran..
Seronok abah ummu melayan imran yang baru boleh berjalan tu.. ummu biarkan je dua beranak tu main kat kawasan masjid putrajaya.. tak sampai hati nak ganggu diorang.. hmmm.. nampak sangat abah rindu Imran.. sampai dia sanggup tak ikut ahli rombongan lain ke JPM semata-mata nak bersama Imran.. ummu taknak la abah tak ke mana-mana bila dah sampai putrajaya ni.. so, ummu pun bawak abah round Putrajaya.. lalu PICC, Palace of Justice, tengok jambatan² canggih kat putrajaya.. dan, ke tapak rumah ummu kat desa pinggiran putra..
Sebelum bertolak balik ke Bukit Mertajam, rombongan tu nak solat dulu kat Masjid Negara.. ummu offer hantar abah ke sana, dah alang² ummu pun nak hala ke situ.. sekurang-kurangnya, ada lagi sejam dua abah dapat layan imran.. ntah.. ummu yang rasa cam tak sampai hati nak balik cepat².. biar la abah puas melayan imran tu.. kalau nak harap ummu balik kampung, ntah bila..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment