Friday, August 26, 2005

Musim cuti

Sekarang musim cuti sekolah.. memang masa sekarang ni lah masa yang ditunggu-tunggu ibu ayah nak bawak anak-anak jumpa atuk nenek kat kampung.. atau nak bawak anak-anak gi berjalan-jalan.. pastu.. masa ni jugak lah yang selalunya banyak kenduri kahwin dilangsungkan.. pendek kata, musim cuti memang meriah dengan pelbagai aktiviti lah.

Walau bagaimanapun, lain pulak cerita di office.. musim cuti ialah musim senyap.. mana taknya, punya la ramai amik cuti.. tapi tak boleh nak salahkan diorang.. atas sebab-sebab yang dah tersenarai di atas.. so yang tinggal, hanya mereka-mereka yang belum kahwin (read: sebab takde anak), mereka-mereka yang anak-anak masih kecil (read: ummu dalam kategori tu) atau mereka-mereka yang dipaksa tak bercuti sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan segera (read: ummu pun tergolong dlm group ni)..

Lepas habis kerja yang satu ni, ummu nak bercuti jugak! mujur imran belum sekolah.. boleh amik cuti bila-bila masa saja.. hahahah... tak sabar nak tunggu masa itu..

No comments: