Friday, August 29, 2008

Bazaar pre-Ramadhan

Today puspanita LHDN ada buat bazaar.. biasa la kalau bazaar ni.. banyaknya jual kain baju.. tudung.. tambah² nak masuk bulan posa ni.. memang banyak selection baju raya & tudung raya..

Ummu turun ke bazaar macam orang pompuan lain.. niat dihati nak tengok² je.. bawak la jugak duit beberapa ratus puluh ringgit.. bila balik opis semula, tengok dah ada 2 3 beg.. eh! bila pulak ummu beli ni?? ;p

Thursday, August 28, 2008

Eh.. ada wrinkle ke ni??!!

Bila dok belek muka ummu masa cuci muka, ternampak la fine wrinkle kat tepi mata ummu.. hah!! makcik dah betul² 'MAKCIK'! huh menggelabah beb.. mula la sibuk nak treat muka sewajarnya.. memang sebelum ni ummu take for granted je dengan kulit muka ni.. setakat pakai facial foam.. dengan moisturizer je.. pulak tu beli off shelf je.. carik yang murah.. heheh..

bila dah nampak makin 'tua' ni, baru teringat nak jaga muka.. dah terlambat ke?? ntah.. harapnya belum la kan.. heheh.. ummu buat la survey beberapa produk.. tak nak yang peeling effect sampai yang merah muka macam udang kena bakar tu.. dan kalau boleh produk tu sesuai la dengan kulit ummu.. so at last, ummu pilih produk AG2000.. (bukan promo ni!)

So far, ummu just pakai yang basic je.. facial foam.. moisturing & firming serum.. malam pakai age defying cream (which selalu lupa nak pakai pun..).. pastu baru 2 minggu tambah cleansing milk, blemish gel (ni utk black headsku) dengan eye cream (jaga mata beb!!)..

Komen ummu, so far boleh tahan.. paling suka lepas cuci dengan milk & foam tu.. lembut betul kulit muka.. keseluruhannya muka ummu takde la nampak perubahan ketara lagi.. baru pakai kan.. nanti la kot muka dah lawa sok baru leh recommend kat orang lain plak kan?? hahahah

Makcik kaya!!

Baru tadi ummu ke pejabat pos claim rebate road tax.. dapat la RM625 tunai...

Baru tadi jugak ummu bayar yuran nursery untuk budak bertiga tu.. hilang RM600 tunai...

:: takdan nak merasa kaya RM600 duit rebate..

Wednesday, August 27, 2008

Kawan lama

Hari tu balik kampung masa kenduri rumah makcik ummu, ummu ada jumpa kawan lama zaman sekolah rendah dulu.. memang sangat lama tak terserempak jumpa dengan mamat ni.. semenjak lepas upsr.. bawak haluan masing² ke sekolah berbeza memang takde kepentingan peluang nak jumpa..

Masa tu kat sekolah mamat ni la rival ummu.. kalau ummu dapat nombor 1 dia mesti dapat nombor 2.. vice versa.. tapi selalunya ummu la yang nombor 1.. hahahah (gelak riak).. mamat ni glemer kat sekolah.. dia head prefect.. captain bola sepak sekolah.. masuk pertandingan tahfiz sekolah rendah (which ummu pun wakil sekolah.. riak lagi! hins.. hins..).. and dia ni dinobatkan sebagai tokoh kanak² peringkat negeri Pulau Pinang (kalau tak caye carik la maklumat tokoh kanak² PPinang tahun 1989) grand tuh!

Now dia dah kahwin anak sorang.. kerja.. lupa plak nak tanya.. and.. mak ai! bulatnya badan!!

Saturday, August 23, 2008

Kenduri kahwin

Last weekend ummu balik kampung.. kenduri sepupu ummu.. sepupu ummu tu lelaki.. and the wife.. tinggi! lebih tinggi dari sepupu ummu tu.. bila ummu cakap dengan dia.. memang kena mendongak.. ummu ni kalau nak ikutkan dah dalam kategori pompuan tinggi.. dia lagi tinggi.. heheh.. bagus la tu.. kata orang tua, murah rezeki.. insyaAllah.. Tahniah Wan dan Wani..

Masa kat kampung.. ummu tengok abang ummu ada buat projek baru.. dia ternak ayam semula.. dulu masa ummu kat universiti pun dia memang dah bela ayam.. tapi pastu stop.. now.. dah start balik.. dia baru beli anak ayam gajah.. ayam daging dengan ayam kampung.. tu la pertama kali imran dan izzat tengok anak ayam secara live..

Ummu tanya abang kenapa dia bela ayam semula.. katanya saja nak mengorganikkan makanan harian.. ayam zaman sekarang pun kebanyakannya ayam cucuk.. hemmph.. betul tu.. ummu tak leh la nak bela ayam atas kuaters ala apartment ni.. mana ada ruang..

Thursday, August 07, 2008

Simpanan

Sekarang ni zaman 'penjimatan'.. harga barang naik.. satu malaya tahu tu.. ummu tak rasa sangat penangan harga minyak naik sebab pertama.. rumah dekat je ngan tempat kerja.. kedua.. duit minyak hubby yang bayar heheh..

Ummu ni tak banyak duit.. ummu start menyimpan pun masa ummu start kerja.. dapat gaji mula² dulu ummu mesti ketepikan sikit.. dalam RM150.. time tu dah banyak la.. gaji ciput je..bila gaji dah makin bertambah ni banyak sikit simpan.. nak menyimpan ni kena disiplin jugak.. kekadang tu kalau terlupa.. duit yang dah diniatkan nak masuk bank diguna beli benda lain pulak.. so.. first thing ummu buat.. dapat gaji je.. gi bank dulu simpan certain amaun dalam ASB.. pastu nak guna duit yang ada tak le rasa bersalah.. kan?

Sejak kawin ni.. hubby ummu perkenalkan cara lain pulak nak generate duit.. melabur.. saham.. FD.. insurance.. ok la kan.. ASB pun actually hubby yang bukakan.. heheheh.. sekarang nak beli syer pulak.. insyaAllah, kalau rezeki ada.. dapat untung lebih.. ada la rezeki anak² bila depa besar nanti..

::simpanan di hari tua.. hari susah.. anak²..