Thursday, August 28, 2008

Eh.. ada wrinkle ke ni??!!

Bila dok belek muka ummu masa cuci muka, ternampak la fine wrinkle kat tepi mata ummu.. hah!! makcik dah betul² 'MAKCIK'! huh menggelabah beb.. mula la sibuk nak treat muka sewajarnya.. memang sebelum ni ummu take for granted je dengan kulit muka ni.. setakat pakai facial foam.. dengan moisturizer je.. pulak tu beli off shelf je.. carik yang murah.. heheh..

bila dah nampak makin 'tua' ni, baru teringat nak jaga muka.. dah terlambat ke?? ntah.. harapnya belum la kan.. heheh.. ummu buat la survey beberapa produk.. tak nak yang peeling effect sampai yang merah muka macam udang kena bakar tu.. dan kalau boleh produk tu sesuai la dengan kulit ummu.. so at last, ummu pilih produk AG2000.. (bukan promo ni!)

So far, ummu just pakai yang basic je.. facial foam.. moisturing & firming serum.. malam pakai age defying cream (which selalu lupa nak pakai pun..).. pastu baru 2 minggu tambah cleansing milk, blemish gel (ni utk black headsku) dengan eye cream (jaga mata beb!!)..

Komen ummu, so far boleh tahan.. paling suka lepas cuci dengan milk & foam tu.. lembut betul kulit muka.. keseluruhannya muka ummu takde la nampak perubahan ketara lagi.. baru pakai kan.. nanti la kot muka dah lawa sok baru leh recommend kat orang lain plak kan?? hahahah

No comments: