Thursday, September 25, 2008

The unlucky day

Ntah pesal la hari ni..
  • cermin mataku hampir nak patah.. (mujur masih boleh dipakai secara lemah lembut)
  • contact lenseku sebelah kiri terjatuh dalam sinki dan terus hilang dari pandangan.. warrgghh!!
  • tunggu turn check up husna yang sssaaaangggaaattttt lama.. checkupnya tak sampai 5 minit...
ntah pesal la hari ni.. haru..

Tuesday, September 23, 2008

Cuti Hari Raya Aidilfitri

Ummu tengah cuti sekarang ni.. jangan silap.. bukan cuti raya lagi.. raya next week.. ni cuti jaga izzat yang kena 2 sakit berjangkit dalam satu masa.. sakit mata dan campak.. kesian kat dia.. kesian jugak kat anak² ummu yang lain kot terjangkit jugak.. but AlhamduliLlah.. belum ada yang terjangkit la.. (entri kat sini)

Ummu start cuti hari Jumaat lepas.. lepas izzat kena sakit mata.. imran dengan husna pun tak ke nursery.. cuti ponteng jugak.. mujur jugak husna tak ke nursery.. dia demam pulak hari tu.. hari Ahad baru sihat semula.. ummu risau dia kena campak jugak.. tapi alhamduliLlah dia cuma demam biasa ja.. kata orang demam nak ubah 'fasa'.. sekarang dia dah boleh duduk sendiri! merangkak pun amatur lagi..

So, sambung cerita pasal izzat.. bila dia sah kena campak, terpaksala ummu sms bos bagitau yang ummu kena amik cuti untuk jaga dia di rumah.. alhamduliLlah.. dia faham dan benarkan ummu cuti.. (wah! cuti sambung sampai cuti raya beb!!)

Abah ummu ajak balik kampung.. boleh ubatkan izzat cara kampung.. ala.. taruk bedak sejuk campur daun semambu.. since hubbyku tak cuti, tak dapatla balik.. kat rumah je la sekarang ni..

Monday, September 15, 2008

Juadah berbuka

Tadi kat opis ummu sembang kosong ngan sorang colleague ni.. antara topik kosong kami bab berbuka la.. macam² la.. air katira? ketira? sejenis air yang ummu tak pernah rasa.. katanya air ni selalunya orang selatan yang tahu.. patut ummu tak tahu sebab ummu dari nun utara sana.. terasa nak cuba jugak la kalau ada peluang nanti..

Ummu ngan hubby pun dah lama plan nak ke pizza hut.. nak makan pizza.. tapi bukan untuk berbuka.. kalau dulu zaman bujang ke anak sorang acceptable la ke pizza hut berbuka kat sana.. masuk anak tiga ni.. kena pikir banyak kali.. tu yang selalu cancel tu.. tapi malam ni kena jugak keluar lepas isyak.. ummu nak makan pizza!!

Monday, September 08, 2008

6210

Muhahahahah... Nokia 6210 Navigator akhirnya menjadi milik aku!!!

Saturday, September 06, 2008

Alamak dah azan!!!

Tak bersahur ummu dengan hubby pagi ni.. kes alarm kat tepon ummu tak on.. hampeh betul.. ummu terjaga jam 5.51 am.. which masa tu azan sedang berkumandang menandakan masuknya waktu subuh.. hempeh sekali lagi..

6.10pm yesterday.. at Nursery

Imran: Ibu mana ayah ni tak ambik kita lagi?
Ummu: Ayah ada kerja tak siap lagi tu.. sat gi dia sampai..
Izzat: (berlari ke arak ummu dengan imran) Ibu!! ayah sampai dah..
Ummu, kelek husna ikut imran dan izzat naik kereta..

6.30pm yesterday.. dalam kereta

Ummu: Aduhai.. banyak nye kereta! hujan pulak tu.. cemana nak singgah beli lauk berbuka ni?
Hubby: Takpe kalau tak sempat, kita makan dulu apa yang ada di rumah, malam ni kita keluar makan.. susu izzat dengan pampers husna dah habis kan? boleh beli sekali..
Imran: Kita nak pi Tesco ke ibu?
Ummu: InsyaAllah..

9.30pm yesterday.. Restoran D'Kayu Tesco Mutiara Damansara

Hubby: Tak terasa nak makan berat pulak.. makan capati je la..
Ummu: Sama la.. roti telur boleh kot..

5.51am today.. at home

Ummu: Alamak! dah azan!! tak sahur la aku ni.. huaaaaa...

Hari ni hari yang mencabar untuk ummu.. harap susu ummu cukup untuk husna jugak..

Baju raya punya pasal

Semalam masa lunch ummu dengan beberapa collegue ke KL dengan pelbagai tujuan.. sorang nak ke SOGO untuk beli baju raya anak dia.. sorang nak beli birthday present husband dia dan sorang lagi saja nak carik penat.. heheheh.. ummu pulak ke sana nak carik baju raya hubby dengan anak² kat bazaar Ramadhan jalan TAR? ke jalan Masjid India? ke jalan belakang Harrison.. ntah jalan apa tapi area situ la.. :p

Semua objektif ummu tercapai la dalam masa yang dijanjikan.. tapi yang tak bestnya:
  1. sakit kaki sebab salah pakai kasut.. carik pasal
  2. cab susah nak dapat untuk balik opis! kes naya..
Sampai semula opis jam 3.05 pm.. setelah 45 minit tunggu cab.. sorry bos!

Thursday, September 04, 2008

Berbuka keseorangan

Hari ni ummu berbuka sorang.. hubby ada jamuan berbuka dengan Menteri di opis.. ummu pun boleh hadir (sebab sama opis dengan hubby) tapi biasa lah kan.. pengorbanan seorang ibu.. kalau ummu pun ikut, sapa nak tengokkan budak² ni? masa berbuka tadi, ummu biarkan diorang layan tv.. bolehlah ummu berbuka dengan aman..

Monday, September 01, 2008

Puasa lagi

1 Ramadhan 1409H.. bulan berkat ni datang lagi.. ummu harap ummu berpeluang untuk beribadat dengan baik bulan ni.. insyaAllah..

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Handphone

Dalam 2 minggu ni hubby ummu dok survey handphone baru.. dia ada sembang ngan ummu pasal opismate pompuan dia yang asyik dok cite pasal blackberry.. hemmph.. tetiba dia cakap "rasa macam tak mengikut teknologi terkini plak" well, dia cakap camtu sebab tepon dia hanya ada basic features je.. ummu pun lebih kurang la.. up sikit je.. (sebab bila nak beli tepon canggih sikit dia mesti bagi 'tazkirah' panjang.. :p~)

la ni dok survey handphone nokia.. yang well.. latest la kot.. boleh buat flexi-payment.. kalau boleh ada video calling tu.. kot nanti hubby kena ke oversea lagi, leh budak² ni tgk muka ayah diorang..