Ummu tengah cuti sekarang ni.. jangan silap.. bukan cuti raya lagi.. raya next week.. ni cuti jaga izzat yang kena 2 sakit berjangkit dalam satu masa.. sakit mata dan campak.. kesian kat dia.. kesian jugak kat anak² ummu yang lain kot terjangkit jugak.. but AlhamduliLlah.. belum ada yang terjangkit la.. (entri kat
sini)
Ummu start cuti hari Jumaat lepas.. lepas izzat kena sakit mata.. imran dengan husna pun tak ke nursery.. cuti
ponteng jugak.. mujur jugak husna tak ke nursery.. dia demam pulak hari tu.. hari Ahad baru sihat semula.. ummu risau dia kena campak jugak.. tapi alhamduliLlah dia cuma demam biasa ja.. kata orang demam nak ubah 'fasa'.. sekarang dia dah boleh duduk sendiri! merangkak pun amatur lagi..
So, sambung cerita pasal izzat.. bila dia sah kena campak, terpaksala ummu sms bos bagitau yang ummu kena amik cuti untuk jaga dia di rumah.. alhamduliLlah.. dia faham dan benarkan ummu cuti..
(wah! cuti sambung sampai cuti raya beb!!)Abah ummu ajak balik kampung.. boleh ubatkan izzat cara kampung.. ala.. taruk bedak sejuk campur daun semambu.. since hubbyku tak cuti, tak dapatla balik.. kat rumah je la sekarang ni..
No comments:
Post a Comment