Tuesday, October 28, 2008

Cerita Nursery lagi

Last Friday taska my kids buat taska terbuka.. (jangan tak tawu.. bukan rumah je terbuka bulan syawal ni..) sekali dengan perjumpaan ibu bapa ( yang datang makan jer pastu blah.. hahaha) dan 'guru'..

Starting bulan Oktober tahun ni pengurusan taska tu dah bertukar tangan.. pengurusan baru ni lebih bagus dari yang dulu la.. masa perjumpaan tu antara perkara yang dimaklumkan, starting next year pengurusan baru akan buat tadika jugak kat situ.. katanya kawasan tu luas.. boleh buat tadika.. yuhu! solve my previous problem.. heheh.. alhamdulillah..

Thursday, October 16, 2008

Hal ehwal anak

Masa anak kecik, usually kita akan cuba carik jalan terbaik untuk pastikan anak kita dijaga dengan baik.. banyak alternatif yang kita boleh pilih.. antaranya:
  1. nursery.. atau taman asuhan@TASKA.. ni maknanya kena tinggalkan anak kita dengan ramai lagi anak orang lain.. yang bagusnya, selalunya nursery ni ada aktiviti untuk anak yang dah umur 2 - 4 tahun tu.. anak kita pun senang bersosial.. yang tak bestnya, kalau sorang budak kena penyakit senang jangkit (campak ke.. sakit mata ke.. yang paling common, selsema).. insyaAllah, anak kita next in line la jawabnya...
  2. rumah orang atau pengasuh.. yang ni kekadang orang tu dia jaga 2 hingga 5 budak sekali.. selalunya adik beradik.. pilihan ni popular.. sebab kekadang kita rasa kebarangkalian nak kena jangkitan tu kurang la.. sebab tak ramai budak dan agak terkawal.. itu kalau dapat pengasuh yang bagus la.. lagi bagus kalau pengasuh tu siap boleh ajar anak kita muqaddam ke.. tapi kalau dapat yang suka garang or dera mendera ni?? errkkk..
  3. bibik.. pilihan paling popular zaman kini.. boleh jaga anak.. rumah pun sedia kemas teratur.. kain baju sentiasa ber-iron.. sekali lagi, semua tu kalau dapat bibik berjenis la.. kalau kaki tipu.. kaki curik.. malas.. kan hampeh tu! anak pun tetiba je reti cakap indon lebih dari BM.. haru... (no offence kepada sesapa yg ada bibik ye..)
Ummu dengan hubby dah decide untuk pilih option 1.. semua anak hantar nursery.. kebetulan ada nursery yang dekat dengan opis.. lagipun ummu susukan sendiri bebudak tu masa diorang baby.. memang penat jugak berlari ke nursery dan balik ke opis dalam tempoh 15 minit.. (agaknya sebab tu maintain kurus kot?).. bos pun dah tahu kalau ummu hilang.. ke nursery la jawabnya.. takde tempat lain.. :D

Tahun depan, imran dah 5 tahun.. kalau ikutkan, TASKA ni sampai budak umur 4 tahun je.. 5 tahun - 6 tahun ke tadika pulak.. dah pulak.. ummu kena decide lagi..
  1. tadika KEMAS.. ni yang bawah KEMAS la.. memang ada dekat rumah ni.. tapi sampai kul 11 pagi je.. abih.. nak hantar mana pulak si imran waktu petang? lain la kalau ada bibik??
  2. tadika private.. yang ni memang banyak flyer yang ummu kumpul.. QIDS.. Kinder Kids.. ntah apa² la lagi yang dekat² rumah ni.. nak ikut syllabus, memang menarik.. tapi masalah sama macam option 1 jugak.. sampai kul 12 jer.. petang???
  3. tadika private with asuhan.. haaa.. yang ni memang la pilihan ummu.. sonang idup den.. budak tu ada aktiviti.. belajar dan petang diasuh.. tapi kat mana yang dekat dengan tempat ummu pulak???

Friday, October 10, 2008

Selsema

2, 3 hari lepas hubby ummu terjangkit selsema.. dok ngadu yang badan dia sakit².. tekak sakit.. (eh! manja jugak dia ni!)..

hari ni ummu pulak rasa semacam jer.. tekak rasa perit sikit.. pepagi tadi dah minum madu sawda'.. kat opis teguk berbotol² air suam (free punya.. bukan beli mineral water tu).. pastu pesan hubby belikan 100 plus (nak manja jugak).. aduh.. sekarang badan pulak sakit²..

petang ni meeting.. cemana nih!!

info pasal selsema kat sini

Wednesday, October 08, 2008

Carik kawan²

Satu scene antara ummu dengan adik ummu:

Ummu: Apa yang hang suka sangat dengan facebook ni? akak tak reti nak tengok la.. kompleks sangat..
Adik: Lerr.. budak IT pun tak tau? try la dulu.. carik kawan lama ke..
Ummu: Ciss.. sempat kutuk kakak sendiri nampak... (dush!! hambik sebijik)

Satu scene antara ummu dengan Milah:

Milah: Hass.. hang kenai tak ni sapa?
Ummu: Eh! macam kenal la.. Diana Sidek kan ni?? mana hang dapat gambaq dia?
Milah: Facebook.. hang sign up la.. nanti hang jumpak la geng masa sekolah dulu.. ramai woo..
Ummu: Facebook? (alamak.. kena sign up la ni nampaknya!)