- nursery.. atau taman asuhan@TASKA.. ni maknanya kena tinggalkan anak kita dengan ramai lagi anak orang lain.. yang bagusnya, selalunya nursery ni ada aktiviti untuk anak yang dah umur 2 - 4 tahun tu.. anak kita pun senang bersosial.. yang tak bestnya, kalau sorang budak kena penyakit senang jangkit (campak ke.. sakit mata ke.. yang paling common, selsema).. insyaAllah, anak kita next in line la jawabnya...
- rumah orang atau pengasuh.. yang ni kekadang orang tu dia jaga 2 hingga 5 budak sekali.. selalunya adik beradik.. pilihan ni popular.. sebab kekadang kita rasa kebarangkalian nak kena jangkitan tu kurang la.. sebab tak ramai budak dan agak terkawal.. itu kalau dapat pengasuh yang bagus la.. lagi bagus kalau pengasuh tu siap boleh ajar anak kita muqaddam ke.. tapi kalau dapat yang suka garang or dera mendera ni?? errkkk..
- bibik.. pilihan paling popular zaman kini.. boleh jaga anak.. rumah pun sedia kemas teratur.. kain baju sentiasa ber-iron.. sekali lagi, semua tu kalau dapat bibik berjenis la.. kalau kaki tipu.. kaki curik.. malas.. kan hampeh tu! anak pun tetiba je reti cakap indon lebih dari BM.. haru... (no offence kepada sesapa yg ada bibik ye..)
Tahun depan, imran dah 5 tahun.. kalau ikutkan, TASKA ni sampai budak umur 4 tahun je.. 5 tahun - 6 tahun ke tadika pulak.. dah pulak.. ummu kena decide lagi..
- tadika KEMAS.. ni yang bawah KEMAS la.. memang ada dekat rumah ni.. tapi sampai kul 11 pagi je.. abih.. nak hantar mana pulak si imran waktu petang? lain la kalau ada bibik??
- tadika private.. yang ni memang banyak flyer yang ummu kumpul.. QIDS.. Kinder Kids.. ntah apa² la lagi yang dekat² rumah ni.. nak ikut syllabus, memang menarik.. tapi masalah sama macam option 1 jugak.. sampai kul 12 jer.. petang???
- tadika private with asuhan.. haaa.. yang ni memang la pilihan ummu.. sonang idup den.. budak tu ada aktiviti.. belajar dan petang diasuh.. tapi kat mana yang dekat dengan tempat ummu pulak???
1 comment:
Good luck with your decisions. Seboleh-bolehnya jauhi daripada mengambil bibik. Akan lebih banyak masalah baru daripada menyelesaikan masalah yang sedia ada.
Anyway, you are tagged. Check out my blog, ok. :)
Post a Comment