Last Sunday to Tuesday ummu ke Felda Residence Tekam kat Jerantut.. ada kursus teambuilding.. komen - BEST!
Masa kursus ni, first time ummu buat rakit (dengan team members la) dan berakit tengah kolam buatan@tasik (dah la tak reti berenang nih) dan main paintball.. penat tapi enjoyable.. plus sakit kena mark dengan paintball.. but still fun! kursus ni memang tak banyak kelas.. LDK pun enjoy..
Gambar kat sana ummu tak amik sendiri.. sumer harap cameraman je.. nanti ada gambar, akanku load dalam facebook.. hahahah.. kenangan tu..
Thursday, July 16, 2009
Thursday, June 18, 2009
Produktiviti diri
Ummu ada masalah sikit sekarang ni.. lately, especially lepas berpindah tempat kerja ni selalu je kepenatan.. mengantuk di waktu petang.. aduh.. masalah terbesar buat masa ni.. langsung tak produktif!
Mungkin masih belum adopt dengan persekitaran dan waktu kerja terbaruyang mana dulunya boleh melambatkan waktu bangun dan mempercepatkan waktu tidur .. cemana ek?!
Antara usaha ummu, cuba siapkan semua urusan rumah tanggai'm a housewife afterall sebelum jam 11pm.. so, boleh tidur awal sikit.. bangun awal tu memang tak dapat nak buat apa la.. sebab kalau terlambat.. maknanya lambat la sampai opis.. sebab kena buat one round hantar anak-anak ke nursery/tadika dulu..
Beli junk food.. sweets.. minum air sampai kembong.. bila time mengantuk.. sooo tak sihat..
Kalau langsung tak tahan.. a.k.a sampai tersengguk depan pc, ummu ke surau.. pejam mata at least 10 minit.. heheheh..
Teruk kan?
Mungkin masih belum adopt dengan persekitaran dan waktu kerja terbaru
Antara usaha ummu, cuba siapkan semua urusan rumah tangga
Beli junk food.. sweets.. minum air sampai kembong.. bila time mengantuk.. sooo tak sihat..
Kalau langsung tak tahan.. a.k.a sampai tersengguk depan pc, ummu ke surau.. pejam mata at least 10 minit.. heheheh..
Teruk kan?
Wednesday, June 17, 2009
Panik!!!
As usual, ummu letakkan kunci rumah dalam dashboard untuk senang capai masa nak bukak pagar bila sampai rumah..
Yang tak usual nya, semalam hubby ummu balik awal dari ummu dan pintu pagar dan grill rumah dah memang tak berkunci..
As usual, pagi-pagi lagi ummu siap mandikan anak-anak termasuk si kecik tu untuk ke tadika/nursery pastu bergegas panaskan enjin kereta and load semua beg dalam kereta..
Yang tak usual nya, pagi ni hubby panaskan enjin kereta dan load beg anak-anak dalam kereta kiut ummu..
Result dari ketidak-usual-an semalam dan pagi ni ialah.. ummu dan anak-anak terkunci dalam rumah sebab kunci tertinggal dalam kereta dan hubby ummu siap kunci grill sebelum bergerak ke opis dia.. PANIK!!!
Sib baik hubby tak kunci pagar rumah dengan mangga..
Sib baik hubby letak kunci kereta atas handbag ummu..
Sib baik jiran ummu tengah buang sampah and ummu terpaksa minta dia ambilkan kunci rumah dalam dashboard.. tengkiu makcik! eheheheh..
Sib baik anak-anak tak meragam..
Sib baik jalan tak jem..
Sib baik ummu sempat sampai opis sebelum jam 8.15am untuk masuk perhimpunan bulanan jabatan yang diwajibkan tu..

Thursday, June 11, 2009
Kerja hobi
Ummu suka tengok kengkawan ummu yang menggunakan hobi sebagai salah satu punca kewangan diorang.. bestkan kalau benda yang kita buat tu mendatangkan hasil.. lumayan lagi.. ummu ada jugak berangan nak jadikkan hobi ummu sebagai mata pencarian jugak.. tapi buat masa sekarang ni rasanya hiduptak terurus lagi.. anak ummu kecik lagi dan still bergantung kat ibu dia.. tu yang payah sikit.. takleh nak fokus nanti..
Well, kepada mereka-mereka yang dah berjaya.. you are my inspiration!

Wednesday, June 10, 2009
Komen on Salju Sakinah
Ummu akhirnya berkesempatan nak baca buku salju sakinah sampai abih semalam.. (err.. stay up sampai kul 2 pagi) see here ummu suka! islamik love story.. and tak la tertumpu bebenar kat love story dia aje..
banyak dugaan yang pompuan ni alami.. ayah meninggal masa final exam.. kakak sulung terikut ajaran sesat.. pakwe kawen ngan orang lain di mesir masa tengah belajar.. kena fitnah nak menggatal ngan suami orang.. kena lamar ngan anak x-ustazah sendiri.. kantoi satu paper and kena balik jordan repeat paper tu.. last sekali dia kawen ngan sorang mamat yang tengah buat master kat univ. yang sama.. sooo sweet... hmmm..

Monday, June 08, 2009
Sakit badan
Last weekend ummu dah start pindah ke rumah sendiri.. hari sabtu tu dah angkut perabot rumah dengan sebijik lori 3 tan.. penuh lori tu.. ingatkan barang sikit je.. tu pun banyak lagi barang kecik-kecik yang tak terangkut sekali.. rasanya kena sewa lagi sebijik lori 1 tan pulak.. mungkin weekend depan kot..
penat! hari ni dah datang kerja.. aduh.. penat tak abih lagi.. kat bawah ni gambar rumah lama dengan kotak yang banyak tu.. actually ada lagi.. tak termasuk gambar je..

Friday, June 05, 2009
Buku lagi
Friday, May 29, 2009
Shortest route
Ummu ni suka sikit mencari route alternative kalau nak ke mana-mana.. opposite to my dear husband yang akan stick to the same old route walaupun jem gila bagai.. pagi tadi ummu saja keluar awal nak carik route lain or terdekat untuk hantar imran nanti ke sekolah baru dia.. oh.. by the way, next week imran will start transfering to a new school..
So far kalau ikut timing ummu, sempat la nak sampai office just in time kalau pakai route yang ummu try tadi.. hopefully Isnin ni menjadik seperti yang dirancang la..

Thursday, May 28, 2009
Bermulanya suasana baru
Masuk hari ni dah hari keempat ummu kat jabatan baru.. so far environment memang bebeza dengan tempat kerja lama ummu.. bos pun dengar katanya garang.. mungkin tegas kot.. tak kisah lah.. pada ummu, bos tegas@garang membuatkan kita kerja dengan lebih baik.. sebab tak nak kena marah kan..
Yang kurengnya, tempat kat jabatan baru ni sangatla sedih.. kami pegawai baru dimaklumkan yang jabatan ni memang kekurangan space.. sebab ramai pegawai baru masuk.. khabarnya nak pindah ke tempat lain.. tapi laaammmbbaattt lagi.. sekarang ummu duduk squatting dekat cubical colleague ummu.. dengan peralatan sumer tak dapat lagi.. pc takdak.. telefon takdak.. huhuhu... bersabar... task dah ada.. deadline pun diberi.. so, ummu kenacuri-curi pinjam laptop opis lama through hubby ummu.. illegal la tu.. sedih jugak..
Bab paling tak best.. ummu kena travel jauh.. penat you.. ye la sebab ummu dah terbiasa dengan jarak opis yang sekangkang kera je dari rumah dulu.. sekarang ni awal pagi lagi dah kena bertolak.. balik pun dah gelap.. huhuhu.. again.. it is part of dugaan.. sabar.. tak lama lagi ummu pindah sini.. insyaAllah mudah la semula urusan ummu.. amin...
Yang kurengnya, tempat kat jabatan baru ni sangatla sedih.. kami pegawai baru dimaklumkan yang jabatan ni memang kekurangan space.. sebab ramai pegawai baru masuk.. khabarnya nak pindah ke tempat lain.. tapi laaammmbbaattt lagi.. sekarang ummu duduk squatting dekat cubical colleague ummu.. dengan peralatan sumer tak dapat lagi.. pc takdak.. telefon takdak.. huhuhu... bersabar... task dah ada.. deadline pun diberi.. so, ummu kena
Bab paling tak best.. ummu kena travel jauh.. penat you.. ye la sebab ummu dah terbiasa dengan jarak opis yang sekangkang kera je dari rumah dulu.. sekarang ni awal pagi lagi dah kena bertolak.. balik pun dah gelap.. huhuhu.. again.. it is part of dugaan.. sabar.. tak lama lagi ummu pindah sini.. insyaAllah mudah la semula urusan ummu.. amin...
Friday, May 22, 2009
Last day ku di MITI
Seperti biasa seawal jam 8.25 pagi..(awal ke?) aku bertandang di tingkat satu blok 10 jalan duta... pemandangan biasa pada mata kasarku.. punch kad.. berjalan ke bilikku dipenghujung sayap kiri.. kata orang bilik paling strategik.. jauh dari pandangan orang luar.. ye, aku setuju..
Seperti biasa juga aku membuka komputer dan kipas bilik.. satu kekurangan bilik paling hujung.. kurang terasa penghawa dingin berpusat.. ku buka mailbox.. "197 new messages" ahh.. banyak yang perluku bacadelete.. ku gagahkan juga.. takut ada yang memerlukan perhatian dan tindakanku..
Seusai habis membaca emel, aku membuka 'word'.. "NOTA SERAH TUGAS" sebaris tajuk ku taip jelas.. aku termenung seketika.. ada perkara yang masih berbaki.. tidak sempat diselesaikan perluku tulis sebagai panduan penggantiku kelak.. siap...
Aku menyambung external hard disk milikku di usb port komputer.. banyak fail berharga yang perluku pindahkan ke hard disk untuk rujukan kelak.. sambil menunggu semua fail yangku pilih dipindah masuk, aku berkira-kira sendiri.. jam 4 petang aku akan ke sayap kiri dan kanan tingkat satu untuk bersalaman dengan sahabat termasuk bos² yang ada.. siap...
Jam 5 petang aku membuka emel.. "salam perpisahan" ayat itu aku taip pada kotak subject.. dan kumasukkan all@miti.gov.my.. dengan harapan agar semua di MITI yang mengenaliku menerima titipan terakhirku.. send...
Aku bangun dari kerusi tempatku duduk selama lebih kurang 6 tahun di MITI.. kucapai beg tangan yang setia denganku ke mana jua dan aku melangkah keluar dari bilik hujung ini.. kunci bilik telah ku serah awal lagi kepada puan rasidah untuk simpanan.. aku hanya menekan butang ditombol pintu untuk kukuncikannya.. punch kad..
Selamat tinggal MITI.. semoga jumpa lagi..
Seperti biasa juga aku membuka komputer dan kipas bilik.. satu kekurangan bilik paling hujung.. kurang terasa penghawa dingin berpusat.. ku buka mailbox.. "197 new messages" ahh.. banyak yang perluku baca
Seusai habis membaca emel, aku membuka 'word'.. "NOTA SERAH TUGAS" sebaris tajuk ku taip jelas.. aku termenung seketika.. ada perkara yang masih berbaki.. tidak sempat diselesaikan perluku tulis sebagai panduan penggantiku kelak.. siap...
Aku menyambung external hard disk milikku di usb port komputer.. banyak fail berharga yang perluku pindahkan ke hard disk untuk rujukan kelak.. sambil menunggu semua fail yangku pilih dipindah masuk, aku berkira-kira sendiri.. jam 4 petang aku akan ke sayap kiri dan kanan tingkat satu untuk bersalaman dengan sahabat termasuk bos² yang ada.. siap...
Jam 5 petang aku membuka emel.. "salam perpisahan" ayat itu aku taip pada kotak subject.. dan kumasukkan all@miti.gov.my.. dengan harapan agar semua di MITI yang mengenaliku menerima titipan terakhirku.. send...
Aku bangun dari kerusi tempatku duduk selama lebih kurang 6 tahun di MITI.. kucapai beg tangan yang setia denganku ke mana jua dan aku melangkah keluar dari bilik hujung ini.. kunci bilik telah ku serah awal lagi kepada puan rasidah untuk simpanan.. aku hanya menekan butang ditombol pintu untuk kukuncikannya.. punch kad..
Selamat tinggal MITI.. semoga jumpa lagi..
Thursday, May 21, 2009
Next activity..
Pagi tadi ummu seat PTK exam.. and secara 90%nya dah selesai la TK3 ni.. another 10% buat kertas tugasan individu which kena hantar within 2 weeks.. releks sikit kot..
Next activity, ummu kena concentrate untuk pack barang dalam kotak.. prepare untuk pindah mindah pulak.. mana nak carik kotak pulak nih??
Esok last day kat tempat keje lama.. sayang nak tinggal pun ada.. sebab situ la first tempat keje ummu dalam gomen.. situ la jumpak hubby.. dan lagi dan lagi.. tapi excited pun ada jugak.. nak face new working environment.. new collegues.. new boss.. new kind of day-to-day rutine..
hopefully ummu dapat buat terbaik.. sebab Allah tahu apa yang terbaik buat ummu.. insyaAllah..
::mana nak carik kotak nih??

Tuesday, May 19, 2009
Tukar kereta
Ada satu hari tu kami sefamily saja keluar jalan ke showroom perodua and proton..
Ntah kenapa tetiba je otak ummu terasa macam terfikir nak tukar kereta kiut kancil tu.. next week ummu dah start keje Putrajaya.. kena ulang alik KL-Putrajaya-KL dengan sang kancil tu.. (sian dia kena dera jalan jauh.. selama ni jalan tak sampai 10 kilometer dari rumah ke opis..)
Bajet?! oh.. terlupa pulak ummu bukan tergolong daripada golongan berwang.. hihihi.. angan² je la nak tukar kereta ni..

Lega..
Ummu baru habis bab penilaian ptk ni.. baaaruuu kejap siap presentation kumpulan.. huh.. lega sangat ni.. petang ni tunggu penyampaian sijil je la.. hihihi..
Bersyukur sangat sebab panel penilai sidang ummu tak la sarkastik.. dengan kata lain.. they all ni baik la.. komen pun bagi komen membina.. ok la tu.. kalau dengar sidang lain.. maunya termenangis nak jawab soalan masa presentation tu..
Dalam kursus ni ummu kenal ramai kawan baru.. kumpulan yang ambik ptk kali ni bercampur-campur batch.. so, basically, good for networking..
pasni... exam!!!

Monday, May 18, 2009
Cerita PTK
Seminggu ni ummu sibuk dengan PTK.. penilaian tahap kecekapan kata orang gomen.. ummu masih berptk lagi kat INTAN ni..
ptk kali ni banyak kena buat presentation, public speaking.. last Friday ummu kena buat public speaking BM dan BI.. pagi dan petang.. penat mental! hentam saja lah labu... harini pulak ummu kena buat presentation on individual assignment.. esok pulak group presentation.. pastu exam bertulis pulak..
tak sabar nak habiskan minggu ni!!

Friday, May 08, 2009
Transfer 2
Masuk hari ni dah 4 hari ummu berulang alik KL-Putrajaya.. nak dapat penempatan dari JPM ke Jabatan bawah dia, dah makan masa 3 hari.. hari keempat, kat jabatan baru.. again kena tunggu penempatan kat bahagian mana pulak.. and tak tau la kat mana pulak nak tercampak.. harapnya menepati 'jiwa' ummu la..
Bab transfer ni tak lepas la dengan bab logistik anak².. memang dah bermalam² tak lelap tidur.. asyik teringat mana la nak letak anak yang 3 tu.. biasa la as parent, mesti nak yang terbaik untuk anak kan? sanggup ummu pusing satu putrajaya carik taska/tadika/day care center/transit homes dan apa² lagi la yang sewaktu dengannya.. still belum decide lagi.. penat & pening..

Wednesday, April 29, 2009
Transfer
Cerita bab transfer ni dah basi sebenarnya pada ummu.. semenjak rumah hubby beli siap tahun 2006, memang ummu merancang nak transfer ke Putrajaya dari KL.. duduk rumah sendiri ni lain sikit rasanya dari rumah sewa.. walaupun rumah sewa kerajaan.. (kuaters la tu)..
Kawan² pakat kata yang ummu dah senang sekarang ni.. duduk kuaters besar first-hand pulak tu.. dekat dengan office.. taska/tadika anak² pun dekat.. gi kerja pun boleh lambat² (tapi kadang terbabas jugak.. hahhah punch card merah!).. tak payah nak penat² tempuh jem.. satu opis dengan husband.. tengah hari boleh balik solat kat rumah.. dan macam² lagi la..
Still, keinginan ummu nak duduk rumah sendiri lebih kuat.. setelah 2 tahun ummu sabar menanti peluang dan ruang utk mintak pindah, tup² this year dapat la bersemuka dengan bos mintak sign dia utk transfer.. bersyarat.. ada pengganti..
Orang kata hendak seribu daya kan? ummu pun apa lagi! dapat jer signature bos.. terus je fax ke JPA dan hampir setiap bulan follow up.. sampai officer kat sana dah kenal Haslina MITI.. heheh..
So.. to cut long setori short, yesterday ummu dapat la surat idamanku.. akhirnya impian untuk bertukar ke Putrajaya dapat jugak.. alhamdulillah.. yuhu!!!
Next step.. pindah rumah!!

New books
Antara buku baru beli tak baca lagi..
1. Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain (Afareez Abd Razak Al-Hafiz)
2. Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani)
3. Salju Sakinah (Zaid Akhtar)

Subscribe to:
Posts (Atom)