Friday, May 29, 2009

Shortest route

Ummu ni suka sikit mencari route alternative kalau nak ke mana-mana.. opposite to my dear husband yang akan stick to the same old route walaupun jem gila bagai.. pagi tadi ummu saja keluar awal nak carik route lain or terdekat untuk hantar imran nanti ke sekolah baru dia.. oh.. by the way, next week imran will start transfering to a new school..

So far kalau ikut timing ummu, sempat la nak sampai office just in time kalau pakai route yang ummu try tadi.. hopefully Isnin ni menjadik seperti yang dirancang la..

Thursday, May 28, 2009

Bermulanya suasana baru

Masuk hari ni dah hari keempat ummu kat jabatan baru.. so far environment memang bebeza dengan tempat kerja lama ummu.. bos pun dengar katanya garang.. mungkin tegas kot.. tak kisah lah.. pada ummu, bos tegas@garang membuatkan kita kerja dengan lebih baik.. sebab tak nak kena marah kan..

Yang kurengnya, tempat kat jabatan baru ni sangatla sedih.. kami pegawai baru dimaklumkan yang jabatan ni memang kekurangan space.. sebab ramai pegawai baru masuk.. khabarnya nak pindah ke tempat lain.. tapi laaammmbbaattt lagi.. sekarang ummu duduk squatting dekat cubical colleague ummu.. dengan peralatan sumer tak dapat lagi.. pc takdak.. telefon takdak.. huhuhu... bersabar... task dah ada.. deadline pun diberi.. so, ummu kena curi-curi pinjam laptop opis lama through hubby ummu.. illegal la tu.. sedih jugak..

Bab paling tak best.. ummu kena travel jauh.. penat you.. ye la sebab ummu dah terbiasa dengan jarak opis yang sekangkang kera je dari rumah dulu.. sekarang ni awal pagi lagi dah kena bertolak.. balik pun dah gelap.. huhuhu.. again.. it is part of dugaan.. sabar.. tak lama lagi ummu pindah sini.. insyaAllah mudah la semula urusan ummu.. amin...

Friday, May 22, 2009

Last day ku di MITI

Seperti biasa seawal jam 8.25 pagi..(awal ke?) aku bertandang di tingkat satu blok 10 jalan duta... pemandangan biasa pada mata kasarku.. punch kad.. berjalan ke bilikku dipenghujung sayap kiri.. kata orang bilik paling strategik.. jauh dari pandangan orang luar.. ye, aku setuju..

Seperti biasa juga aku membuka komputer dan kipas bilik.. satu kekurangan bilik paling hujung.. kurang terasa penghawa dingin berpusat.. ku buka mailbox.. "197 new messages" ahh.. banyak yang perluku baca delete.. ku gagahkan juga.. takut ada yang memerlukan perhatian dan tindakanku..

Seusai habis membaca emel, aku membuka 'word'.. "NOTA SERAH TUGAS" sebaris tajuk ku taip jelas.. aku termenung seketika.. ada perkara yang masih berbaki.. tidak sempat diselesaikan perluku tulis sebagai panduan penggantiku kelak.. siap...

Aku menyambung external hard disk milikku di usb port komputer.. banyak fail berharga yang perluku pindahkan ke hard disk untuk rujukan kelak.. sambil menunggu semua fail yangku pilih dipindah masuk, aku berkira-kira sendiri.. jam 4 petang aku akan ke sayap kiri dan kanan tingkat satu untuk bersalaman dengan sahabat termasuk bos² yang ada.. siap...

Jam 5 petang aku membuka emel.. "salam perpisahan" ayat itu aku taip pada kotak subject.. dan kumasukkan all@miti.gov.my.. dengan harapan agar semua di MITI yang mengenaliku menerima titipan terakhirku.. send...

Aku bangun dari kerusi tempatku duduk selama lebih kurang 6 tahun di MITI.. kucapai beg tangan yang setia denganku ke mana jua dan aku melangkah keluar dari bilik hujung ini.. kunci bilik telah ku serah awal lagi kepada puan rasidah untuk simpanan.. aku hanya menekan butang ditombol pintu untuk kukuncikannya.. punch kad..

Selamat tinggal MITI.. semoga jumpa lagi..

Thursday, May 21, 2009

Next activity..

Pagi tadi ummu seat PTK exam.. and secara 90%nya dah selesai la TK3 ni.. another 10% buat kertas tugasan individu which kena hantar within 2 weeks.. releks sikit kot..

Next activity, ummu kena concentrate untuk pack barang dalam kotak.. prepare untuk pindah mindah pulak.. mana nak carik kotak pulak nih??

Esok last day kat tempat keje lama.. sayang nak tinggal pun ada.. sebab situ la first tempat keje ummu dalam gomen.. situ la jumpak hubby.. dan lagi dan lagi.. tapi excited pun ada jugak.. nak face new working environment.. new collegues.. new boss.. new kind of day-to-day rutine..

hopefully ummu dapat buat terbaik.. sebab Allah tahu apa yang terbaik buat ummu.. insyaAllah..

::mana nak carik kotak nih??

Tuesday, May 19, 2009

Tukar kereta

Ada satu hari tu kami sefamily saja keluar jalan ke showroom perodua and proton..

Ntah kenapa tetiba je otak ummu terasa macam terfikir nak tukar kereta kiut kancil tu.. next week ummu dah start keje Putrajaya.. kena ulang alik KL-Putrajaya-KL dengan sang kancil tu.. (sian dia kena dera jalan jauh.. selama ni jalan tak sampai 10 kilometer dari rumah ke opis..)

Bajet?! oh.. terlupa pulak ummu bukan tergolong daripada golongan berwang.. hihihi.. angan² je la nak tukar kereta ni..

Lega..

Ummu baru habis bab penilaian ptk ni.. baaaruuu kejap siap presentation kumpulan.. huh.. lega sangat ni.. petang ni tunggu penyampaian sijil je la.. hihihi..

Bersyukur sangat sebab panel penilai sidang ummu tak la sarkastik.. dengan kata lain.. they all ni baik la.. komen pun bagi komen membina.. ok la tu.. kalau dengar sidang lain.. maunya termenangis nak jawab soalan masa presentation tu..

Dalam kursus ni ummu kenal ramai kawan baru.. kumpulan yang ambik ptk kali ni bercampur-campur batch.. so, basically, good for networking..

pasni... exam!!!

Monday, May 18, 2009

Cerita PTK

Seminggu ni ummu sibuk dengan PTK.. penilaian tahap kecekapan kata orang gomen.. ummu masih berptk lagi kat INTAN ni..

ptk kali ni banyak kena buat presentation, public speaking.. last Friday ummu kena buat public speaking BM dan BI.. pagi dan petang.. penat mental! hentam saja lah labu... harini pulak ummu kena buat presentation on individual assignment.. esok pulak group presentation.. pastu exam bertulis pulak..

tak sabar nak habiskan minggu ni!!

Friday, May 08, 2009

Transfer 2

Masuk hari ni dah 4 hari ummu berulang alik KL-Putrajaya.. nak dapat penempatan dari JPM ke Jabatan bawah dia, dah makan masa 3 hari.. hari keempat, kat jabatan baru.. again kena tunggu penempatan kat bahagian mana pulak.. and tak tau la kat mana pulak nak tercampak.. harapnya menepati 'jiwa' ummu la..

Bab transfer ni tak lepas la dengan bab logistik anak².. memang dah bermalam² tak lelap tidur.. asyik teringat mana la nak letak anak yang 3 tu.. biasa la as parent, mesti nak yang terbaik untuk anak kan? sanggup ummu pusing satu putrajaya carik taska/tadika/day care center/transit homes dan apa² lagi la yang sewaktu dengannya.. still belum decide lagi.. penat & pening..