At last!! ummu dah siap ngisi borang taksiran sendiri LHDN.. wah.. alhamdulilLah, ummu masih belum layak di tax lagi.. lega gitu.. First time ummu mengisi borang LHDN.. kena kira sendiri pulak.. tapi, rasanya senang kalau faham apa yang diminta dalam borang tu..
sekarang borang ummu pada suami ummu.. tugas dia pulak untuk hantar ke LHDN tu.. heheheh... pihak LHDN khabarnya tak akan lanjutkan lagi dah tarikh penyerahan borang tu selepas 30 April jam 10.00 malam.. takpe, opis kami sebelah je dengan LHDN HQ tu..
Thursday, April 28, 2005
Thursday, April 21, 2005
Cuti
Ummu bercuti lama.. mula-mula tu ingat nak bercuti sama-sama dengan suami ummu.. tapi, dia tak dapat cuti pulak.. akhirnya, ummu yang bercuti sorang.. apa nak buat, mungkin ada masa nanti, kami dapat habiskan cuti sama-sama.. pastu gi makan angin ke mana-mana destinasi.. tapi, ada kesempatan ke? entah lah..
Tuesday, April 19, 2005
Tandas awam
Ummu balik kampung hujung minggu lepas.. ziarah nenek suami ummu yang sakit.. on the way balik KL, baby Imran melabur pulak.. so, terpaksalah kami singgah di R&R.. ummu dan suami dok fikir cara terbaik nak cuci najis baby Imran.. ye lah, kan tandas awam kat Malaysia ni diwar-warkan terlalu kotor..
Kami singgah di R&R Tapah untuk kerja-kerja penyucian tu.. kami dah setuju suami ummu yang dipertanggungjawabkan untuk aktiviti tsb memandangkan kain ummu dah terkena sikit najis tu.. wah.. tak sangka bila sampai je di sana, pihak berwajib dah renovate tandas dengan sedemikian rupa.. canggih juga tandas di R&R Tapah.. siap ada tempat untuk tukar nappy babies lagi.. baby-friendly sungguh!.. selesa jugak nak melaksanakan hajat.. dan kawasan solat pun luas.. bagus lah kalau pihak berwajib dah buat penambah-baikan pada tandas-tandas awam macam tu.. tapi, harapnya maintenance pun secanggih tandasnya juga..
Wednesday, April 13, 2005
Langkah pertama
Hari ni baby Imran dan nak berani melangkah setapak dua.. happy ummu tengok dia berani jalan tanpa dipegang.. alhamdulilLah..
Bina Semangat
Ummu baru pulang dari kursus Kenegaraan.. seronok jugak masa di sana.. kat sana biasalah.. ada ceramah, LDK, solat jemaah, aktiviti fizikal.. makan, tido.. dah lama tak join benda² macam tu.. ummu gi kat KBN Ulu Sepri.. dari 7 - 11 April 2005.. lama tu tidak la sangat.. tapi, rindu ummu kat baby Imran dan ayahnya memang tak leh nak cakap la.. tak sabar betul nak balik..
Kat sana, antara aktiviti yang ummu berkenan, abseiling.. dan kembara.. tak sangka ummu berpeluang buat abseiling lagi lepas kena gi BTN masa zaman U dulu.. kembara pulak, kebetulan masa tu baru je hujan lebat.. apa lagi, track punya la licin.. kumpulan pertama yang lalu track tu ok la.. tapi kalau yang dah kebelakang ni, huh.. cabaran sungguh..
Aktiviti lain, macam biasa.. time ceramah, mata pun kuyu jer.. time LDK, pada ummu bermanfaat la.. sebab group LDK ummu memang banyak bagi input.. aktif berdebat dan memberi idea.. banyak maklumat yang ummu dapat.. memang membuka minda ummu.. komen ummu.. BAGUS..
Dorm-mates ummu pun, best.. ceria dan sangat meriah.. memang kalau duduk dorm tu, happening sikit.. rasanya, diorang ni la yang berjaya buat life ummu selama 5 hari kat dalam hutan tu ceria.. TQ to Lily, Sue, Syuhada, Ita, Tina, Fairuz, Kak Hanis, Ain and Cik Ti.. hopefully, friendship yang terjalin dapat diteruskan sampai bila²..
Kat sana, antara aktiviti yang ummu berkenan, abseiling.. dan kembara.. tak sangka ummu berpeluang buat abseiling lagi lepas kena gi BTN masa zaman U dulu.. kembara pulak, kebetulan masa tu baru je hujan lebat.. apa lagi, track punya la licin.. kumpulan pertama yang lalu track tu ok la.. tapi kalau yang dah kebelakang ni, huh.. cabaran sungguh..
Aktiviti lain, macam biasa.. time ceramah, mata pun kuyu jer.. time LDK, pada ummu bermanfaat la.. sebab group LDK ummu memang banyak bagi input.. aktif berdebat dan memberi idea.. banyak maklumat yang ummu dapat.. memang membuka minda ummu.. komen ummu.. BAGUS..
Dorm-mates ummu pun, best.. ceria dan sangat meriah.. memang kalau duduk dorm tu, happening sikit.. rasanya, diorang ni la yang berjaya buat life ummu selama 5 hari kat dalam hutan tu ceria.. TQ to Lily, Sue, Syuhada, Ita, Tina, Fairuz, Kak Hanis, Ain and Cik Ti.. hopefully, friendship yang terjalin dapat diteruskan sampai bila²..
Wednesday, April 06, 2005
Rindu..
Hari ni ummu rasa sayu je.. ntah la, mungkin ummu rindu pada arwah emak ummu.. diam tak diam dah 3 tahun arwah tak ada.. tapi, ummu masih rasa kasih sayang dia.. masih ingat wajah dia.. suara dia.. senyum dia.. nasihat dia.. ummu rindu dia.. ummu rindu karipap yang dia buat.. rindu semua masakan dia.. ummu rindu emak..
Sekarang, ummu sendiri dah ada anak.. ada suami.. ada keluarga sendiri.. tak tahu la nanti bila ajal ummu dah sampai, macam mana pula dengan ummu.. ada tak anak-anak ummu ingat pada ummu? insyaAllah.. ummu akan ajar anak-anak ummu jadi anak yang soleh.. dapat doakan ummu bila ummu dah tak ada.. insyaAllah..
al-Fatihah buat emak ummu.. Hajah Che Puteh Abdullah..
Percubaan posting dari email..
Ummu hari ni rasa sayu jer.. ntah kenapa.. mungkin rindu pada arwah mak kot.. takpe lah.. nanti balik rumah, nak call ayah di kampung..
Monday, April 04, 2005
Happy Birthday!!
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday dear Imran...
Happy birthday to you...
Hari ni genap setahun umur baby Imran.. alhamdulilLah..
Happy birthday to you..
Happy birthday dear Imran...
Happy birthday to you...
Hari ni genap setahun umur baby Imran.. alhamdulilLah..
Sunday, April 03, 2005
Hujung minggu yang Tenang
Ummu selalu berangan nak habiskan hujung minggu ummu dengan 'tenang' di rumah.. 'tenang' maksud ummu bukannya duduk tak buat apa-apa di rumah.. tapi pengisian tu lebih menenangkan ummu.. contohnya, sekurang-kurangnya lepas siap kerja-kerja rumah, ummu dapat baca buku sambil makan biskut ke, surf internet ke.. atau buat kerja kegemaran ummu.. cross-stiching.. dah lama rasanya tak pegang jarum dan benang cross-stich..
Tapi, rasanya sekarang ni ummu belum dapat apa yang ummu angan-angankan.. bukannya apa, pengisian ummu di rumah sekarang, nampaknya lebih 'sesak' dengan adanya baby ummu tu.. takpe.. sekarang la masanya ummu dapat layanan istimewa dari baby ummu kan? nanti bila dia dah besar dan pandai berkawan, mungkin dah susah nak lekat kat rumah pulak masa cuti hujung minggu..
Friday, April 01, 2005
Sihat ke kita??
Ummu baru siap check kesihatan tadi.. AlhamdulilLah.. kandungan kolestrol dengan glukos ummu normal.. tekanan darah pun ok.. cuma, ummu ni tak cukup berat.. alahai.. memang itu la masalah ummu dari dulu.. susah betul nak tambah berat badan.. bukan ummu tak makan.. memang tak pernah miss waktu makan langsung.. bertambah waktu makan tu, ada la.. tapi, still tak cukup.. kata kaunselor tu, muka ummu pucat.. lagi la pulak tu, ummu masih breast-feed baby imran.. pastu kaunselor tu cakap, ummu tak yah excercise.. eheheheh.. bab tu ummu angguk!
Subscribe to:
Posts (Atom)