Ummu baru pulang dari kursus Kenegaraan.. seronok jugak masa di sana.. kat sana biasalah.. ada ceramah, LDK, solat jemaah, aktiviti fizikal.. makan, tido.. dah lama tak join benda² macam tu.. ummu gi kat KBN Ulu Sepri.. dari 7 - 11 April 2005.. lama tu tidak la sangat.. tapi, rindu ummu kat baby Imran dan ayahnya memang tak leh nak cakap la.. tak sabar betul nak balik..
Kat sana, antara aktiviti yang ummu berkenan, abseiling.. dan kembara.. tak sangka ummu berpeluang buat abseiling lagi lepas kena gi BTN masa zaman U dulu.. kembara pulak, kebetulan masa tu baru je hujan lebat.. apa lagi, track punya la licin.. kumpulan pertama yang lalu track tu ok la.. tapi kalau yang dah kebelakang ni, huh.. cabaran sungguh..
Aktiviti lain, macam biasa.. time ceramah, mata pun kuyu jer.. time LDK, pada ummu bermanfaat la.. sebab group LDK ummu memang banyak bagi input.. aktif berdebat dan memberi idea.. banyak maklumat yang ummu dapat.. memang membuka minda ummu.. komen ummu.. BAGUS..
Dorm-mates ummu pun, best.. ceria dan sangat meriah.. memang kalau duduk dorm tu, happening sikit.. rasanya, diorang ni la yang berjaya buat life ummu selama 5 hari kat dalam hutan tu ceria.. TQ to Lily, Sue, Syuhada, Ita, Tina, Fairuz, Kak Hanis, Ain and Cik Ti.. hopefully, friendship yang terjalin dapat diteruskan sampai bila²..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment