Tuesday, April 19, 2005

Tandas awam

Ummu balik kampung hujung minggu lepas.. ziarah nenek suami ummu yang sakit.. on the way balik KL, baby Imran melabur pulak.. so, terpaksalah kami singgah di R&R.. ummu dan suami dok fikir cara terbaik nak cuci najis baby Imran.. ye lah, kan tandas awam kat Malaysia ni diwar-warkan terlalu kotor..
Kami singgah di R&R Tapah untuk kerja-kerja penyucian tu.. kami dah setuju suami ummu yang dipertanggungjawabkan untuk aktiviti tsb memandangkan kain ummu dah terkena sikit najis tu.. wah.. tak sangka bila sampai je di sana, pihak berwajib dah renovate tandas dengan sedemikian rupa.. canggih juga tandas di R&R Tapah.. siap ada tempat untuk tukar nappy babies lagi.. baby-friendly sungguh!.. selesa jugak nak melaksanakan hajat.. dan kawasan solat pun luas.. bagus lah kalau pihak berwajib dah buat penambah-baikan pada tandas-tandas awam macam tu.. tapi, harapnya maintenance pun secanggih tandasnya juga..

No comments: