Wednesday, June 22, 2005
Aaaa...yah vs. iii...bu
Semenjak imran demam haritu, dia dah pandai nyebut aaa...yah... dengan lunak dan manja sekali.. warrggghh.. nape la ayah yang disebut dulu?! bukannya iii...bu?? huh.. dengki la jugak kat husband ummu tu.. penat ibunye jaga dia, ayahnya dulu yang disebut-sebut.. manja pulak tu.. jelesnyerrr.. nanti kalau dia dah pandai nyebut 'ibu', mesti ummu terharu+syahdu.. sob..sob.. bila la nak dengar imran panggil 'ibu'?
Monday, June 20, 2005
Kesian anakku
Abah bawak banyak daun-daun dari kampung untuk imran.. daun semambu untuk tujuan 'bedak' bila chiken pox imran dah kering.. dan daun 'kacang munggai' untuk buat mandi imran.. petua orang tua-tua.. ikut je la.. ummu tak sempat nak buat kajian saintifik dengan daun-daun tu.. pastu mak mertua ummu pun pesan suruh bagi imran minum air kelapa muda.. katanya untuk bagi semua poxes tu keluar.. itu lah nyer.. lepas bagi minum air kelapa muda tu la dia demam tu.. alternatif lain, bagi dia minum sup ayam.. eheheh.. kata suami ummu, agaknya sebab benda tu pun 'chiken' kot.. hemmph.. apa-apa lah.. semoga imran cepat sembuh..
Friday, June 17, 2005
Kerja 5 hari seminggu
Ummu memang selalu bersungut kalau kena datang kerja hari Sabtu. Rasa macam buang masa je.. memang mental ummu pun malas nak kerja hari Sabtu.. Sanggup pulak tu ambil cuti hari Sabtu walaupun rugi separuh hari.
Bila dah cuti hari Sabtu, macam-macam aktiviti boleh plan dah.. yang melibatkan kos tertentu atau yang tak payah kos langsung.. at least tak berada dalam ofis dan masa tu dapat dihabiskan dengan imran dan ayahnya.. huahahahahah... beshhh..
Thursday, June 16, 2005
Chiken Pox
Wednesday, June 15, 2005
Gastrik
GASTRIK / ANGIN PERUT
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor yang perlu diperhatikan ialah:
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi. | |
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain. | |
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome | |
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku. | |
orang yang berdarah jenis A. | |
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan. | |
perokok. | |
pemakanan yang tidak terurus. | |
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini. |
Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut | |
rasa pening kepala. | |
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap. | |
muntah. | |
badan rasa lemah lesu. | |
berat badan menurun. | |
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah). |
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong. | |
rehat yang lebih. | |
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas). | |
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut. | |
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut. | |
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan. | |
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan. |
Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik. | |
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya. | |
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole. | |
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol). | |
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali. |
Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.
Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.
H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka. | |
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera. | |
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan. Dipetik dari laman web Farmasi Anis. |
Sunday, June 12, 2005
Notebook baru
Petang tu husband ummu saja tengok balik brochure yang ummu amik dari booth tadi.. pastu dia mula la buat analisis (typical of him.. :) ) tanya itu dan ini.. buat comparison dengan notebook lain.. pikir risk yang bakal dihadapi.. bla.. bla.. last-last dia kata ok la.. kita beli.. cam tak pecaya pulak ummu dengar dia kata cam gitu.. selalunya ada saja la alasan dia bagi.. eheheh.. so, ummu call dealer tu and ask her to reserve satu notebook tu.. dia kata dah tinggal lagi 2 jer.. halamak.. so, ummu promise akan pi amik notebook tu malam tu jugak..
Pendek cerita, akhirnya ummu dapat jugak own a notebook.. ni tengah typing the blog using the new notebook la.. ehem..
Thursday, June 09, 2005
Grooming
Yang paling ummu berkenan, masa diberi tips-tips nak buat sendiri mansian susu, mandian rempah, mandi bunga dan lulur. Kat sini ummu bagi 'resepi' tu:
Mandi susuBanyak lagi sebenarnya tips-tip yang diberikan. Nanti ummu senaraikan satu persatu lah.
1 liter susu segar dicampur aroma oil dan bubble bath
Mandi bunga
Rendam bunga-bunga yang wangi dalam air mandi dan tambahkan air mawar serta bubble bath
Mandi rempah
Rebus rempah ratus (halba, serai/serai wangi, kulit kayu manis, jintan manis dan jintan putih serta daun pandan) dan campurkan dalam air mandian.
Kat sini ummu nak ucap terima kasih pada Puan Yasmin Sidik yang dah ajar ummu banyak benda mengenai grooming ni dan Puan Rohani Mazlan yang beri tips-tips untuk public speaking. InsyaAllah, Pengetahuan tu tak akan ummu sia-siakan.
Monday, June 06, 2005
Balik kampung jugak?
sebelum subuh, ummu dah terbangun.. tengok suami ummu dah mandi dah.. katanya dia dah rasa sihat sikit dan buat keputusan nak balik kampung pagi tu jugak.. sebelum tu kena amik sepupu dia balik sekali.. apalagi.. kelam kabut jugak nak pack semua barang dalam masa sejam.. mujur balik 3 hari jer.. tak banyak sangat barang yang nak bawak balik.. cuma barang imran je la kot yang banyak sikit.. dia sorang je satu beg..
kami sampai kampung dah nak masuk zohor.. orang pakat dok siap nak gi solat Jumaat.. kami memang dah jangka tak sempat nak tengok mayat dah.. sebab dah dikebumi pukul 11.00 pagi lagi.. nak kejar solat Jumaat.. suami ummu terus je ikut abah dan adik² dia ke masjid.. pas solat, dia terus ke kubur.. ummu tunggu je kat rumah chik.. emak mentua dengan ipar ummu pun ada lagi.. pas makan tengahari, kami pakat² beransur balik ke rumah..
malam tu kami tidur kat rumah family ummu, kebetulan kakak ummu pun ada kat kampung.. cuti sekolah.. esok malam kat sebelah suami pulak.. itulah, kampung kami dekat.. kena lah adil pulak.. walau balik sekejap, kena gilir².. nak jaga hati orang tua kan..