Awal pagi Jumaat 3 Jun 2005 ummu dapat call dari kampung.. nenek suami ummu dah habis usianya.. dalam pukul 1.20 pagi.. so, ummu pun kejutkan suami ummu dan tanya dia sama ada dia nak amik emergency leave untuk balik kampung atau nak gi kerja jugak? macam mamai la pulak suami ummu time tu.. bila ummu sentuh dahi dia.. rupanya, dia demam.. bila ditanya dah makan ubat ke belum, dia angguk saja.. ummu pun tak tanya apa² lagi pastu.. biar dia kebah sikit..
sebelum subuh, ummu dah terbangun.. tengok suami ummu dah mandi dah.. katanya dia dah rasa sihat sikit dan buat keputusan nak balik kampung pagi tu jugak.. sebelum tu kena amik sepupu dia balik sekali.. apalagi.. kelam kabut jugak nak pack semua barang dalam masa sejam.. mujur balik 3 hari jer.. tak banyak sangat barang yang nak bawak balik.. cuma barang imran je la kot yang banyak sikit.. dia sorang je satu beg..
kami sampai kampung dah nak masuk zohor.. orang pakat dok siap nak gi solat Jumaat.. kami memang dah jangka tak sempat nak tengok mayat dah.. sebab dah dikebumi pukul 11.00 pagi lagi.. nak kejar solat Jumaat.. suami ummu terus je ikut abah dan adik² dia ke masjid.. pas solat, dia terus ke kubur.. ummu tunggu je kat rumah chik.. emak mentua dengan ipar ummu pun ada lagi.. pas makan tengahari, kami pakat² beransur balik ke rumah..
malam tu kami tidur kat rumah family ummu, kebetulan kakak ummu pun ada kat kampung.. cuti sekolah.. esok malam kat sebelah suami pulak.. itulah, kampung kami dekat.. kena lah adil pulak.. walau balik sekejap, kena gilir².. nak jaga hati orang tua kan..

No comments:
Post a Comment