Friday, June 17, 2005

Kerja 5 hari seminggu

Wah seronok sungguh ummu masa PM umumkan nak bagi government servent kerja 5 hari seminggu. Hari ni lagi seronok ummu bila Timbalannya pula kata KSN akan edarkan official circular mengenai perkara yang sama dan akan berkuatkuasa Julai ni..

Ummu memang selalu bersungut kalau kena datang kerja hari Sabtu. Rasa macam buang masa je.. memang mental ummu pun malas nak kerja hari Sabtu.. Sanggup pulak tu ambil cuti hari Sabtu walaupun rugi separuh hari.

Bila dah cuti hari Sabtu, macam-macam aktiviti boleh plan dah.. yang melibatkan kos tertentu atau yang tak payah kos langsung.. at least tak berada dalam ofis dan masa tu dapat dihabiskan dengan imran dan ayahnya.. huahahahahah... beshhh..

No comments: