Wednesday, October 24, 2007

Mari belajar tanam rumput

Ummu dok bersemangat dengan rumah baru ni.. susun atur perabot dah siap (cuma belum tau bila boleh direalisasikan).. design dapur dengan jenis hud/hob pun dah buat (cuma nak tunggu kemampuan kewangan 'boss' ;p).. sekarang dok design taman kat depan & belakang rumah yang sekangkang kera tu.. hahahah..

Sebelum nak buat taman kena ada at least basic idea dan knowledge dulu pasal nak buat taman ni.. jenis pokok nak tanam.. konsep yang sesuai.. kerajinan nak maintain (bab paling payah nak apply eheheheh..) so, bila berkelapangan je ummu baca majalah Laman Impiana (memang ummu suka baca majalah jenis ni.. Anjung Seri & Impiana).. browse internet sana-sini.. ni baru dapat satu site cara² nak tanam & jaga rumput carpet untuk laman.. bagus juga site ni.. kalau rajin nak tambah knowledge sila browse http://www.mynormas.com/

Monday, October 22, 2007

Hobi

Rasanya semua orang ada hobi masing-masing.. ada yang hobinya memasak.. tanam pokok bunga.. bela kucing.. kumpul setem (ada lagi ke yang suka kumpul setem??).. hobi ummu buat cross-stich dan buat jigsaw-puzzle.. dalam bulan puasa ni dapat lah siapkan satu set cross-stich yang dibuat dalam waktu santai..

Semalam masa dok mengemas rumah, ummu saja je selongkar barang² lama ummu yang ummu simpan dalam satu beg ni.. so, jumpa lah cross-stich lama yang dah tergendala dek sebab benang habis dan tak terbeli².. huh.. semangat nak buat nih.. ye la sebenarnya dah nak siap sesangat dah benda tu.. benang je yang tak cukup..

Korek² lagi.. banyak jugak benang yang masih elok tapi dah habis penggunaannya.. so, ummu decide nak recycle benang tu sumer untuk buat cross-stich lagi pakai pattern yang dah ada.. tukar² kaler je la.. heheheh.. lagi pun kain ada lagik..

Jigsaw-puzzle plak dah lama tak buat.. benda tu kalau buat memang melekakan.. kang tak ingat anak plak.. payah la.. nanti bila budak² tu dah besar, boleh la nak mulakan balik aktiviti tu.. ;p Lagipun ada 2 set puzzle yang belum diframe.. bila ntah nak framekan??

Friday, October 19, 2007

Rumah baru

Kami sampai KL dari kampung on Tuesday.. perjalanan balik tak jem.. alhamdulillah.. budak berdua tu pun tak la meragam sangat walaupun balik siang.. sampai KL pun awal lagi.. dalam kul 1.30 pm camtu.. sampai je rumah, ummu terus je sapu habuk.. vacuum carpet.. bla..bla.. so, dapat la rest the whole night.. (bekal lauk dari kampung banyak.. so, tanak nasik je la untuk makan malam.. eheheh)

Ummu cuti lagi the next day.. awal lagi ummu sound kat hubby nak gi tengok rumah kitorang yang khabarnya dah siap wiring.. pasang lampu.. cat.. grill..

Sepanjang bulan puasa, hubby sorang je yang selalu menjengah rumah tu tengok progress.. ummu tak larat nak pergi.. tak kuasa.. baik duduk rumah..
Kat sebelah ni gambar masa awal² dapat kunci.. tak buat mende lagipun..
Pepagi tu kitorang ke Putrajaya tengok rumah.. well, ok la.. seperti yang ummu nak..walaupun kemasan tak sekemas yang ummu harapkan.. still ada flaw sana-sini..
Sebelah ni pulak gambar selepas tambah grill dan wiring..

Kat dapur tak buat mende lagi.. nanti ummu kena survey dulu mana² kedai yang buat kitchen cabinet.. design apa² yang patut baru bagi tau boss (hubby la tu)..
Since sekarang mood kerja tak sampai lagi, ummu dok browse majalah deco.. nak decorate rumah plak.. eheheh.. nak berangan kejap.. cemana la rumah ni nanti siap kan?? ;p~

Thursday, October 18, 2007

Salam Aidilfitri 2

Kebiasaannya hari raya kita dah plan nak ziarah raya ke rumah kaum keluarga.. sama la kes ummu.. Plan canteekkk punya tapi takde la boleh ikut pun kekadang tu..

Ni antara aktiviti raya kami sekeluarga:

Raya Pertama

  • Pagi: Solat raya, ziarah kubur, bergambar raya di kampung Tok Wan Hashim (sebelah ummu)
  • Petang: Ziarah Makcik (adik abah ummu) yang duduk sebelah rumah je, balik beraya di rumah Tok Wan Mad (sebelah hubby)
  • Malam: Bemalam di rumah Tok Wan Hashim


  • Raya Kedua

  • Pagi: Ziarah jiran² (tak ramai jiran pun 2 buah rumah je), ziarah Mak Ngah (kakak abah ummu)
  • Petang: Packing barang untuk balik ke rumah Tok Wan Mad, melayan tetamu ziarah di rumah abah ummu
  • Malam: Majlis tahlil @ family gathering di rumah pusaka Tok Wan ummu (ni semua adik beradik arwah mak ummu memang every year ada majlis ni on malam raya kedua), bermalam di rumah Tok Wan Mad


  • Raya Ketiga

  • Pagi: Balik ke kampung asal Tok Wan Mad ziarah sedara mara di kampung (tak menjadi sebab diorang dah datang dulu.. heheh), bakal besan abah hubby datang dari Perlis
  • Petang: Open house sepupu hubby, open house abang ummu
  • Malam: Packing barang untuk pulang ke KL, kepenatan beraya..


  • Menanti photographer tak bertauliah bagi arahan posing untuk family photos.







    Majlis tahlil di rumah arwah tok wan ummu.. sumer ni sedara mara ummu sebelah arwah mak..







    Lagi gambar majlis tahlil..

    Salam Aidilfitri 1

    Ummu and hubby tak de masalah sangat dalam nak tentukan 'beraya dimana tahun ni' macam most of the couples.. kampung ummu dengan hubby dekat je dalam 15-20 minit perjalanan naik kereta.. dengan speed normal jalan persekutuan.. kami just kena atur 'nak solat raya' atau 'nak balik tidur kat kampung mana dulu'.. Tahun ni giliran bersolat raya dan tidur kat kampung ummu dulu.. petang raya baru balik balik kampung hubby.. yahooo!!

    Tahun ni kitorang balik raya awal 3 hari.. sempat berbuka puasa & sahur dengan keluarga di kampung kedua-dua pihak.. so, sahur dan berbuka on Wednesday di rumah ummu, sahur dan berbuka on Thursday di rumah hubby (kena tidur sana semalam la..) then, mak sedara ummu sebelah abah buat majlis berbuka @ family gathering @ kenduri tahlil di rumah dia on Friday... fair and square..

    Ummu tak ramai adik beradik.. 4 orang je.. tahun ni, kakak ummu yang tinggal kat K. Kangsar balik beraya kat kampung ummu.. meriah la raya tahun ni.. abang ummu yang sepatutnya beraya kat rumah mertua dia tahun ni pun join kitorang.. (rumah abang ummu sebelah rumah abah je.. erkk.. ) adik ummu memang dah balik bercuti seminggu dah..

    Ni gambar keluarga selepas solat raya.. kat tengah tu abah dengan mak (mak ganti kami)..

    Cuma yang kurangnya.. arwah yang takde.. ummu dengan kakak ziarah kubur arwah mak sebelum solat raya pagi tu.. seperti biasa.. walaupun dah 6 tahun arwah dah takde, ummu masih menangis masa ziarah ke sana.. izzat tolong kesatkan air mata ibu dia ni.. pelik agaknya dia.. heheh..

    Tuesday, October 09, 2007

    Roti Jala

    Actually ummu dah lama teringin nak makan roti jala.. yang beli kat pasar Ramadhan ada saja yang tak sedap.. rotinya tak penuhi citarasa.. kuahnya yang tak ada rasa dan cair..

    Kebetulan, jiran ummu ada bagi kuih berbuka yang dia buat weekend tu.. fikir punya fikir, ummu decide nak buat roti jala.. alang² nak balas pinggan jiran, buat untuk diri sendiri jugak..

    Berbuka semalam memang terasa sungguh puas hati.. dapat makan roti jala cicah kuah kari ayam yang pekat dan banyak lauknya.. eheheh.. biasala buat untuk makan anak beranak.. mesti puas hati punya..

    Semalam jugak ummu marathon.. balik kerja terus bergegas buat roti jala.. kari ayam.. mee goreng.. lepas solat Isyak.. packing baju untuk balik kampung malam ni.. basuh baju mana yang sempat.. lipat mana yang dah kering.. sediakan duit raya.. etc..etc.. sampai kul 1.30 am camtu baru siap.. sakit pinggang ummu ni.. Tuhan je yang tahu.. tapi takpe.. nak balik kampung punya pasal..

    Sebelum tidur, terpaksa la masak nasik siap².. takut terbangun lambat.. esok pagi panaskan kari ayam je la.. cukup untuk sahur kami berdua.. and, memang terbangun lambat pun.. 5.15 am terjaga.. macam lipas kudung pulak panaskan lauk sumer.. kejutkan hubby untuk sahur.. mujur sempat jugak.. eheheh..

    Sat gi lunch hour nak balik rumah sat untuk masak berbuka.. goreng daging black paper and buat sayur sawi sikit.. pastu tanak nasik siap².. petang karang sebelum hubby ambil kami kat opis, biar dia yang panaskan lauk, buatkan air panas dan pack makanan tu sumer.. pastu.. balik kampung!!

    Harapnya hari ni ummu tak terkena gastrik lagi la..

    Monday, October 08, 2007

    Gastrik

    Puasa tahun ni walaupun ummu pregnant, ummu terpaksa gantikan puasa.. sedih.. kecewa la.. masa pregnant kat imran dan izzat dulu tak pulak terkena sakit ke apa.. jauh sekali gastrik.. aduh.. memang pregnant kali ni lain sikit..

    Cerita gastrik ni mula awal bulan 8 tahun ni.. masa tu ummu baru je pregnant dalam 2 bulan lebih.. teruk sangat gastrik sampaikan ummu muntah².. memang tak leh nak makan apa pun.. mesti keluar.. masa tu dok kompius.. ummu ni alah mengandung ke penyakit lain? masa pregnant kat budak dorang tu ummu memang tak kena langsung alahan.. tak muntah langsung sepanjang pregnant..

    Dipendekkan cerita, hubby bawak ummu ke klinik.. doktor kata perut ummu berangin.. tapi dia pun pelik bila ummu tunjukkan tempat ummu sakit.. bukannya tempat biasa orang terkena gastrik.. tapi tempat biasa orang terkena apendics.. sudah.. so, dia suggest gi hospital.. tapi dia bagi jugak ubat gastrik..

    Esoknya tu, sakit tu makin terasa.. so hubby paksa ummu ke hospital.. cuak jugak dia.. tup² ummu kena tahan kat wad.. suspected apendics.. kalau betul tu apendics.. doktor nak operate malam tu jugak.. (itu kata doktor kat emergency la).. bila dah masuk wad, ada sorang doktor ni pulak check, and dia kata dia tak berani nak bedah lagi sebab ummu tengah pregnant.. kalau bedah camtu je takut effect baby.. lagipun baby kecik sangat lagi..

    Tengah malam tu jugak nurse sorong ummu jumpak dengan gynea untuk confirmkan sakit ummu tu bukan sebab² pregnancy.. and sah bukan sebab pregancy pun.. baby ok sumer..

    Alhamdulillah.. esoknya tu, masa darah ummu di check lagi (dah berapa kali diambik darah ntah..), simptoms makin kurang.. and all the doctors puzzled.. naper la pompuan ni sakit kat kawasan apendics.. Lastly, ummu tak jadi di operate tapi di beri ubat je.. they all nak tengok sama ada bilangan sel darah putih dalam darah ummu tu menurun ke tahap normal atau tak..

    Sedar² ummu dah dibenarkan balik rumah.. and sakit tu walaupun masih ada tapi dah kurang sangat.. yang paling best, doktor pun tak tau nak explain ummu sakit apa sebenarnya.. the best they can say.. maybe urine infection.. apa² je la kan.. asalkan tak kena operate.. baby tak apa² sakit makin kurang..

    Bila citer kat abah ummu.. kesimpulan dia senang je.. "hang alah mengandung kot".. eheheh..

    Monday, October 01, 2007

    Jadi cikgu

    Last week ada colleague ni datang jumpa ummu pasal aktiviti yang bakal diadakan oleh puspanita di bawah biro dia.. dalam tu, ada proposal untuk adakan kelas membangunkan laman web untuk ahli.. duration kelas, 2 jam.. tersengeh ummu tengok proposal tu.. memang la sapa yang buat proposal tu tak tahu yang kalau nak bangunkan a simple website pakai simple and standard tools sekurang-kurangnya kena tahu basic html codes.. ni nak mengajar makcik² puspanita yang mungkin (ditekankan.. mungkin je.. ada yang pandai..) tak berapa IT savvy sangat.. 2 jam pulak tu? sempat ke nak buat..

    Last-last ummu cadangkan bangunkan blog je la pakai blogger.. heheheh.. senang dan mudah.. boleh ajar yang basic je dalam 2 jam tu.. kurang-kurang dah boleh publish satu entri dalam masa 2 jam.. kalau nak mencantikkan blog masing² kena la adakan sesi lain pulak.. intermediate class.. then, advance.. So, diorang pun tukar la proposal tu.. and, guess what? ummu pulak yang diminta ajarkan... pulak??? Ingatkan nak mintak pendapat je.. :p