Tahun ni kitorang balik raya awal 3 hari.. sempat berbuka puasa & sahur dengan keluarga di kampung kedua-dua pihak.. so, sahur dan berbuka on Wednesday di rumah ummu, sahur dan berbuka on Thursday di rumah hubby (kena tidur sana semalam la..) then, mak sedara ummu sebelah abah buat majlis berbuka @ family gathering @ kenduri tahlil di rumah dia on Friday... fair and square..
Ummu tak ramai adik beradik.. 4 orang je.. tahun ni, kakak ummu yang tinggal kat K. Kangsar balik beraya kat kampung ummu.. meriah la raya tahun ni.. abang ummu yang sepatutnya beraya kat rumah mertua dia tahun ni pun join kitorang.. (rumah abang ummu sebelah rumah abah je.. erkk.. ) adik ummu memang dah balik bercuti seminggu dah..
Ni gambar keluarga selepas solat raya.. kat tengah tu abah dengan mak (mak ganti kami)..
Cuma yang kurangnya.. arwah yang takde.. ummu dengan kakak ziarah kubur arwah mak sebelum solat raya pagi tu.. seperti biasa.. walaupun dah 6 tahun arwah dah takde, ummu masih menangis masa ziarah ke sana.. izzat tolong kesatkan air mata ibu dia ni.. pelik agaknya dia.. heheh..
No comments:
Post a Comment