Monday, May 28, 2007

Serabut perut

Arwah mak ummu selalu cakap dia serabut perut kalau keadaan rumah yang tunggang langgang.. (akibat perbuatan anak 'bertuah' dia)

Sekarang ni ummu pun dah rasa serabut perut jugak bila tengok keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah.. (ok.. maybe ummu exaggerate sikit).. dek kerana anak bertuah yang dua orang tu.. buku bersepah sana sini.. building blocks tercampak merata-rata.. mini cars bersepah-sepah.. bengkak hati ni.. sebal pun ada..

Tapi apa nak buat.. kalau marah pun, bukan diorang paham pun.. terpaksa lah ibu yang sorang ni terbongkok-bongkok kutip semuanya dan simpan balik.. dan seperti biasa, akan disepahkan semula nanti... hu..hu..huuuu...

Monday, May 21, 2007

Gaji naik lagi

Berita pasal kenaikan gaji kakitangan awam dari 7.5 - 40 peratus daripada gaji pokok masih panas.. alhamdulilLah.. terima kasih Pak Lah kerana memperkenankan permintaan CUPECS tu.. eheheh..

Yang best lagi, COLA pun naik 100%!!! wah.. bestnyer... ummu duduk di rumah kerajaan sekarang ni.. COLA hanya dapat separuh saja sekarang.. kalau dapat kenaikan 100%, lega banyak la ummu.. yahooo... :D

Rezeki kami.. rezeki anak-anak.. alhamdulilLah.. syukur..

:: ummu.. sila la bekerja dengan yang terbaik dan sebaiknya.. CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

Saturday, May 19, 2007

Ummu yang penat

Weekend adalah hari yang ditunggu-tunggu sepanjang minggu.. dapat habiskan masa di rumah dengan keluarga.. (impian terindah :p)

Habiskan masa dengan keluarga.. ya.. dan bermulanya tugasan berat di rumah.. biasa lah tu.. rasanya kebanyakan isteri/ibu kat dunia ni (terutamanya di Malaysia) akan alami perkara yang serupa.. tugas berat tu termasuklah menjadi amah.. tukang masak.. pengasuh.. tukang dobi.. dan lain-lain.. penat ooo...

Weekend ummu, kalau takde rancangan untuk keluar ke mana-mana.. memang itu lah yang ummu buat.. tak reti nak duduk diam kat rumah.. ada saja kerja yang ummu nak kena buat.. akhirnya ummu sendiri yang flat bila dah sampai waktu malam.. especially masa nak tidurkan anak, ummu pun ikut tertidur.. eheheheh...

Pernah jugak terfikir nak hire maid.. tapi.. ntah la.. ummu macam tak ready lagi nak sacrifice privacy family.. bila dengar cerita kawan-kawan, ada yang senang dengan maid masing-masing tak kurang jugak yang asyik bermasalah dengan maid.. Nasib la ek.. kalau dapat yang baik dan rajin buat kerja, mudah la kita.. tapi kalau dapat yang berat tulang.. rasanya macam menanggung kera atas bahu la pulakkan?

Hemm.. apa-apa pun, rasanya ummu tak ready lagi kot nak hire maid.. selagi terdaya.. selagi tu la ummu akan laksanakan tanggungjawab sebagai surirumah.. walaupun tak sesempurna mana.. InsyaAllah..

Friday, May 18, 2007

Pengantin DiRaja

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahniah diucapkan kepada pengantin DiRaja Perak yang selamat diijabkabulkan pada 17 Mei 2007. Tahniah juga kepada rakyat Perak mendapat Raja Puan Besar Negeri Perak.

Thursday, May 17, 2007

Kerja yang seronok

Book Fair 2007 haritu ummu gi sorang.. dah ajak hubby sama tapi dia malas.. bersungguh-sungguh ummu minta izin dari dia untuk ke book fair tu.. and at last, dia setuju.. ye la, bukannya jauh pun PWTC tu dari rumah kami.. tak sampai 10 minit dah sampai.. (tu pun hubby ummu hantar sampai ke PWTC.. hemm..) Seperti yang dipersetujui, ummu tak bawak budak berdua tu.. ye la.. cemana nak jaga kan?? so, secara tak rasminya, pagi tu adalah "hari cuti" ummu.. yahooo!!!

Biasa lah.. kalau sorang, pergerakan senang sikit.. ummu ke booth Karangkraf.. satu hall tu dia punya.. huih.. banyaknyer buku/majalah.. ada meja untuk authors sign autograf.. happening la.. kat situ jer ummu dah spend dekat sejam.. eheheh.. masa berlegar-legar kat situ, ummu dok tengok those authors.. terfikir ummu, alangkah seronoknya bekerja macam tu.. bekerja dengan hobi kita.. kegemaran kita..

Kerja ummu? hobi ke? tak jugak.. gemar ke? biasa-biasa je.. asal buat kerja dengan elok untuk dapat gaji hujung bulan.. bonus hujung tahun dan increment tahunan.. tu je.. (well kalau kerja ngan government ada la dapat insentif lain)

Petang tadi sambil nak tunggu waktu balik, bersembang dengan collegue ummu tu..
+ jom kita tulis buku..
- tu lah kan.. aku pun suka menulis ni.. kekadang tu idea mencurah..
+ kau nak tulis dalam bahasa Inggeris ke BM?
- BI kot.. thrill sikit.. tak ramai penulis Melayu tulis novel Inggeris..
+ Cemana nak start ek??

Kami tersengeh.. ntah.. taip jer kat PC.. laaa...

Hati.. sabar lah dikau

Awal pagi tadi dalam pukul 3 camtu ummu terbangun dari tidur.. jengok si abang dengan adiknya tidur.. aduh.. basah pulak si abang dek kerana minum susu dulu sebelum tidur tadi agaknya.. terpaksa la ummu tukarkan baju, cadar, lap yang mana perlu.. mula tu ok lagi.. ntah kenapa tiba² dia terjaga pulak.. bila dilihatnya ummu dah tukar cadar tilamnya, meraung lah dia.. alahai..

Dah puas dipujuk, di'explain' dan seangkatan dengannya.. tapi tak nak jugak diam.. last resort, terpaksa minta tolong si ayah pulak pujuk.. yang tu satu lagi.. liatnya nak bangun.. mengalahkan anak dia.. bila diminta tolong pujukkan anak, kita pulak yang dimarahnya.. hish..

Nak tambah bengang ummu, si kecik adiknya pulak terjaga.. betapa kuatnya raungan si abang.. ummu dah give up! apa nak buat ni.. kang terbangun pulak jiran².. ahh.. biarkan lah di ayah pujuk si abang tu.. lagipun memang semalam si ayah minta ummu kejutkan dia awal pagi sebab nak mentelaah.. ummu angkut si adik masuk bilik tidur dengan ummu.. tutup pintu dan pekak kan telinga.. :p~

Wednesday, May 16, 2007

Ummu yang malas

Amboi.. dah lupa pulak pernah wujudkan blog sendiri.. lama nya tak post apa² dalam ni.. malas ke ummu?? =D

Jawapan:
- tak malas tapi banyak kerja.. tak sempat nak bukak blog (standard reason)
- tak malas tapi tak de idea untuk posting (another standard reason)
- memang malas.. eheheh (honest reason)