Arwah mak ummu selalu cakap dia serabut perut kalau keadaan rumah yang tunggang langgang.. (akibat perbuatan anak 'bertuah' dia)
Sekarang ni ummu pun dah rasa serabut perut jugak bila tengok keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah.. (ok.. maybe ummu exaggerate sikit).. dek kerana anak bertuah yang dua orang tu.. buku bersepah sana sini.. building blocks tercampak merata-rata.. mini cars bersepah-sepah.. bengkak hati ni.. sebal pun ada..
Tapi apa nak buat.. kalau marah pun, bukan diorang paham pun.. terpaksa lah ibu yang sorang ni terbongkok-bongkok kutip semuanya dan simpan balik.. dan seperti biasa, akan disepahkan semula nanti... hu..hu..huuuu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment