Awal pagi tadi dalam pukul 3 camtu ummu terbangun dari tidur.. jengok si abang dengan adiknya tidur.. aduh.. basah pulak si abang dek kerana minum susu dulu sebelum tidur tadi agaknya.. terpaksa la ummu tukarkan baju, cadar, lap yang mana perlu.. mula tu ok lagi.. ntah kenapa tiba² dia terjaga pulak.. bila dilihatnya ummu dah tukar cadar tilamnya, meraung lah dia.. alahai..
Dah puas dipujuk, di'explain' dan seangkatan dengannya.. tapi tak nak jugak diam.. last resort, terpaksa minta tolong si ayah pulak pujuk.. yang tu satu lagi.. liatnya nak bangun.. mengalahkan anak dia.. bila diminta tolong pujukkan anak, kita pulak yang dimarahnya.. hish..
Nak tambah bengang ummu, si kecik adiknya pulak terjaga.. betapa kuatnya raungan si abang.. ummu dah give up! apa nak buat ni.. kang terbangun pulak jiran².. ahh.. biarkan lah di ayah pujuk si abang tu.. lagipun memang semalam si ayah minta ummu kejutkan dia awal pagi sebab nak mentelaah.. ummu angkut si adik masuk bilik tidur dengan ummu.. tutup pintu dan pekak kan telinga.. :p~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment