Friday, December 19, 2008

Me and books

Ummu suka baca buku.. bukan buku teks akademik la tapi.. sorry cikgu & lecturers! eheheh

Kat rumah, ummu dah ada koleksi buku from my fav authors.. Jeffery Archer, Sidney Sheldon, Faisal Tehrani.. pastu novel² alaf 21.. yang banyak di pasaran.. buku on financial motivation pun ada jugak.. Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant (tak abih baca lagi) from Robert Kiyosaki.. Irfan Khairi's Nota Jutawan Nota Motivasi.. and ada satu lagi, lupa pulak title dia.. kengkonon beli dulu for hubby.. last² ummu yang baca dan khatam 2 3 kali.. hahahah.. ummu tanya dia bila nak baca, dia suruh ummu buat summary kat dia pulak cess!! (bila ummu nak jadik jutawan macam diorang? hmmmpppp?? insaf sejenak)

Ummu pun suka baca majalah.. tapi bukan majalah gosip la.. ummu subscribe Anjung Seri dengan Laman Impiana.. and monthly, kalau teringat akan beli jugak majalah Impiana which contant yang lebih kurang sama macam Anjung Seri.. bila baca these majalah.. boleh berjam-jam belek.. heheheh..

Cemana nak terapkan minat membaca kat anak²? apa yang ummu buat selalunya, introduce buku kat diorang la kan.. pastu bacakan dulu.. then suruh diorang pulak bacakan kat ummu (actually sebab dah maleh nak bacakan benda yang sama berulang kali hahahah).. diorang baca tu based on gambar yang ada dalam buku tu la.. kekadang ada yang tak pernah dicerita pun diorang tambah².. kreatif jugak diorang ni.. hahahah..

Wednesday, December 17, 2008

Hujung tahun

Selalunya hujung² tahun ni orang selalu amik cuti.. sempena cuti sekolah.. kenduri kawin.. saje nak holiday ngan family.. dan seribu satu reason lagi la.. ummu dah apply cuti sempena awal muharram.. sebab raya haji tak cuti.. bagi anak buah cuti dulu (bos yg baik.. ke ummu nak cuti sampai new year ek?!)..

As a government officer, selalunya hujung tahun ni banyak akitiviti nak kena kejar.. cukupkan kuota kursus (at lease 7 hari setahun), abih kan bajet.. buat laporan penilaian utk diri sendiri & anak buah.. kejor daedline untuk projek.. dan seribu satu tugasan lain..

Ummu baru balik kursus.. (nak cukupkan 7 hari tu la.. hahahah) bila sampai opis pagi tadi, ada lagik kursus 2 hari.. hari ni ngan esok.. nak gi ke tak nak ni? penat kursus la pulak.. keje tak siap kang.. meeting belambak nak kena attend.. sudahnya, blur sesorang.. apa nak buat ni?

:: ummu yang blur..

Saturday, November 22, 2008

Hari Kualiti opisku

Minggu Kualiti opis aku starts last week lagi.. macam² aktiviti dianjurkan pihak penganjur (admin kat opis la).. tahun ni bos² kecik aku decide bahagian nak menang at least keceriaan opis.. kena ikut kriteria 5S.. apa itu 5S? carik sendiri.. penilaian start 24/11/08 ni selama seminggu..

So.. today, kami ramai² (tp x semua la) datang bergotong royong kat opis.. ni antara gambar kitorang mengecat.. actually banyak lg benda dibuat.. tapi lupa amik gambar..



Ni gambar bilik aku.. sebelum dan selepas dikemas.. heheheh.. penat woo nak kemaskan bilik yg penuh dokumen for the last 5 years.. a total of 6 plastik hitam dapat hasil shred kertas² tu..

Sebelum..
Selepas..


Saturday, November 08, 2008

Penat berjalan

Wah.. penatnya malam ni.. pancit weyy.. (walaupun bukan ummu yang drive) bukannya apa.. hari ni kami sekeluarga round selangor.. secara tak sengaja sebenarnya.. hahahah..

bermula dari KL.. terus ke putrajaya.. ke dengkil.. sampai ke banting.. on the way nak balik kl semula.. terikut highway kesas.. dah lalu kelang.. sampai shah alam..

mulanya plan nak treat anak² makan McD kat alamanda.. tapi dah sampai shah alam, tukar plan ke KFC di Alam Sentral.. heheh.. oh.. nak balik pulak.. lalu Subang.. naik NKVE.. sampai la ke Jalan Duta.. the end...

Tuesday, October 28, 2008

Cerita Nursery lagi

Last Friday taska my kids buat taska terbuka.. (jangan tak tawu.. bukan rumah je terbuka bulan syawal ni..) sekali dengan perjumpaan ibu bapa ( yang datang makan jer pastu blah.. hahaha) dan 'guru'..

Starting bulan Oktober tahun ni pengurusan taska tu dah bertukar tangan.. pengurusan baru ni lebih bagus dari yang dulu la.. masa perjumpaan tu antara perkara yang dimaklumkan, starting next year pengurusan baru akan buat tadika jugak kat situ.. katanya kawasan tu luas.. boleh buat tadika.. yuhu! solve my previous problem.. heheh.. alhamdulillah..

Thursday, October 16, 2008

Hal ehwal anak

Masa anak kecik, usually kita akan cuba carik jalan terbaik untuk pastikan anak kita dijaga dengan baik.. banyak alternatif yang kita boleh pilih.. antaranya:
  1. nursery.. atau taman asuhan@TASKA.. ni maknanya kena tinggalkan anak kita dengan ramai lagi anak orang lain.. yang bagusnya, selalunya nursery ni ada aktiviti untuk anak yang dah umur 2 - 4 tahun tu.. anak kita pun senang bersosial.. yang tak bestnya, kalau sorang budak kena penyakit senang jangkit (campak ke.. sakit mata ke.. yang paling common, selsema).. insyaAllah, anak kita next in line la jawabnya...
  2. rumah orang atau pengasuh.. yang ni kekadang orang tu dia jaga 2 hingga 5 budak sekali.. selalunya adik beradik.. pilihan ni popular.. sebab kekadang kita rasa kebarangkalian nak kena jangkitan tu kurang la.. sebab tak ramai budak dan agak terkawal.. itu kalau dapat pengasuh yang bagus la.. lagi bagus kalau pengasuh tu siap boleh ajar anak kita muqaddam ke.. tapi kalau dapat yang suka garang or dera mendera ni?? errkkk..
  3. bibik.. pilihan paling popular zaman kini.. boleh jaga anak.. rumah pun sedia kemas teratur.. kain baju sentiasa ber-iron.. sekali lagi, semua tu kalau dapat bibik berjenis la.. kalau kaki tipu.. kaki curik.. malas.. kan hampeh tu! anak pun tetiba je reti cakap indon lebih dari BM.. haru... (no offence kepada sesapa yg ada bibik ye..)
Ummu dengan hubby dah decide untuk pilih option 1.. semua anak hantar nursery.. kebetulan ada nursery yang dekat dengan opis.. lagipun ummu susukan sendiri bebudak tu masa diorang baby.. memang penat jugak berlari ke nursery dan balik ke opis dalam tempoh 15 minit.. (agaknya sebab tu maintain kurus kot?).. bos pun dah tahu kalau ummu hilang.. ke nursery la jawabnya.. takde tempat lain.. :D

Tahun depan, imran dah 5 tahun.. kalau ikutkan, TASKA ni sampai budak umur 4 tahun je.. 5 tahun - 6 tahun ke tadika pulak.. dah pulak.. ummu kena decide lagi..
  1. tadika KEMAS.. ni yang bawah KEMAS la.. memang ada dekat rumah ni.. tapi sampai kul 11 pagi je.. abih.. nak hantar mana pulak si imran waktu petang? lain la kalau ada bibik??
  2. tadika private.. yang ni memang banyak flyer yang ummu kumpul.. QIDS.. Kinder Kids.. ntah apa² la lagi yang dekat² rumah ni.. nak ikut syllabus, memang menarik.. tapi masalah sama macam option 1 jugak.. sampai kul 12 jer.. petang???
  3. tadika private with asuhan.. haaa.. yang ni memang la pilihan ummu.. sonang idup den.. budak tu ada aktiviti.. belajar dan petang diasuh.. tapi kat mana yang dekat dengan tempat ummu pulak???

Friday, October 10, 2008

Selsema

2, 3 hari lepas hubby ummu terjangkit selsema.. dok ngadu yang badan dia sakit².. tekak sakit.. (eh! manja jugak dia ni!)..

hari ni ummu pulak rasa semacam jer.. tekak rasa perit sikit.. pepagi tadi dah minum madu sawda'.. kat opis teguk berbotol² air suam (free punya.. bukan beli mineral water tu).. pastu pesan hubby belikan 100 plus (nak manja jugak).. aduh.. sekarang badan pulak sakit²..

petang ni meeting.. cemana nih!!

info pasal selsema kat sini

Wednesday, October 08, 2008

Carik kawan²

Satu scene antara ummu dengan adik ummu:

Ummu: Apa yang hang suka sangat dengan facebook ni? akak tak reti nak tengok la.. kompleks sangat..
Adik: Lerr.. budak IT pun tak tau? try la dulu.. carik kawan lama ke..
Ummu: Ciss.. sempat kutuk kakak sendiri nampak... (dush!! hambik sebijik)

Satu scene antara ummu dengan Milah:

Milah: Hass.. hang kenai tak ni sapa?
Ummu: Eh! macam kenal la.. Diana Sidek kan ni?? mana hang dapat gambaq dia?
Milah: Facebook.. hang sign up la.. nanti hang jumpak la geng masa sekolah dulu.. ramai woo..
Ummu: Facebook? (alamak.. kena sign up la ni nampaknya!)

Thursday, September 25, 2008

The unlucky day

Ntah pesal la hari ni..
  • cermin mataku hampir nak patah.. (mujur masih boleh dipakai secara lemah lembut)
  • contact lenseku sebelah kiri terjatuh dalam sinki dan terus hilang dari pandangan.. warrgghh!!
  • tunggu turn check up husna yang sssaaaangggaaattttt lama.. checkupnya tak sampai 5 minit...
ntah pesal la hari ni.. haru..

Tuesday, September 23, 2008

Cuti Hari Raya Aidilfitri

Ummu tengah cuti sekarang ni.. jangan silap.. bukan cuti raya lagi.. raya next week.. ni cuti jaga izzat yang kena 2 sakit berjangkit dalam satu masa.. sakit mata dan campak.. kesian kat dia.. kesian jugak kat anak² ummu yang lain kot terjangkit jugak.. but AlhamduliLlah.. belum ada yang terjangkit la.. (entri kat sini)

Ummu start cuti hari Jumaat lepas.. lepas izzat kena sakit mata.. imran dengan husna pun tak ke nursery.. cuti ponteng jugak.. mujur jugak husna tak ke nursery.. dia demam pulak hari tu.. hari Ahad baru sihat semula.. ummu risau dia kena campak jugak.. tapi alhamduliLlah dia cuma demam biasa ja.. kata orang demam nak ubah 'fasa'.. sekarang dia dah boleh duduk sendiri! merangkak pun amatur lagi..

So, sambung cerita pasal izzat.. bila dia sah kena campak, terpaksala ummu sms bos bagitau yang ummu kena amik cuti untuk jaga dia di rumah.. alhamduliLlah.. dia faham dan benarkan ummu cuti.. (wah! cuti sambung sampai cuti raya beb!!)

Abah ummu ajak balik kampung.. boleh ubatkan izzat cara kampung.. ala.. taruk bedak sejuk campur daun semambu.. since hubbyku tak cuti, tak dapatla balik.. kat rumah je la sekarang ni..

Monday, September 15, 2008

Juadah berbuka

Tadi kat opis ummu sembang kosong ngan sorang colleague ni.. antara topik kosong kami bab berbuka la.. macam² la.. air katira? ketira? sejenis air yang ummu tak pernah rasa.. katanya air ni selalunya orang selatan yang tahu.. patut ummu tak tahu sebab ummu dari nun utara sana.. terasa nak cuba jugak la kalau ada peluang nanti..

Ummu ngan hubby pun dah lama plan nak ke pizza hut.. nak makan pizza.. tapi bukan untuk berbuka.. kalau dulu zaman bujang ke anak sorang acceptable la ke pizza hut berbuka kat sana.. masuk anak tiga ni.. kena pikir banyak kali.. tu yang selalu cancel tu.. tapi malam ni kena jugak keluar lepas isyak.. ummu nak makan pizza!!

Monday, September 08, 2008

6210

Muhahahahah... Nokia 6210 Navigator akhirnya menjadi milik aku!!!

Saturday, September 06, 2008

Alamak dah azan!!!

Tak bersahur ummu dengan hubby pagi ni.. kes alarm kat tepon ummu tak on.. hampeh betul.. ummu terjaga jam 5.51 am.. which masa tu azan sedang berkumandang menandakan masuknya waktu subuh.. hempeh sekali lagi..

6.10pm yesterday.. at Nursery

Imran: Ibu mana ayah ni tak ambik kita lagi?
Ummu: Ayah ada kerja tak siap lagi tu.. sat gi dia sampai..
Izzat: (berlari ke arak ummu dengan imran) Ibu!! ayah sampai dah..
Ummu, kelek husna ikut imran dan izzat naik kereta..

6.30pm yesterday.. dalam kereta

Ummu: Aduhai.. banyak nye kereta! hujan pulak tu.. cemana nak singgah beli lauk berbuka ni?
Hubby: Takpe kalau tak sempat, kita makan dulu apa yang ada di rumah, malam ni kita keluar makan.. susu izzat dengan pampers husna dah habis kan? boleh beli sekali..
Imran: Kita nak pi Tesco ke ibu?
Ummu: InsyaAllah..

9.30pm yesterday.. Restoran D'Kayu Tesco Mutiara Damansara

Hubby: Tak terasa nak makan berat pulak.. makan capati je la..
Ummu: Sama la.. roti telur boleh kot..

5.51am today.. at home

Ummu: Alamak! dah azan!! tak sahur la aku ni.. huaaaaa...

Hari ni hari yang mencabar untuk ummu.. harap susu ummu cukup untuk husna jugak..

Baju raya punya pasal

Semalam masa lunch ummu dengan beberapa collegue ke KL dengan pelbagai tujuan.. sorang nak ke SOGO untuk beli baju raya anak dia.. sorang nak beli birthday present husband dia dan sorang lagi saja nak carik penat.. heheheh.. ummu pulak ke sana nak carik baju raya hubby dengan anak² kat bazaar Ramadhan jalan TAR? ke jalan Masjid India? ke jalan belakang Harrison.. ntah jalan apa tapi area situ la.. :p

Semua objektif ummu tercapai la dalam masa yang dijanjikan.. tapi yang tak bestnya:
  1. sakit kaki sebab salah pakai kasut.. carik pasal
  2. cab susah nak dapat untuk balik opis! kes naya..
Sampai semula opis jam 3.05 pm.. setelah 45 minit tunggu cab.. sorry bos!

Thursday, September 04, 2008

Berbuka keseorangan

Hari ni ummu berbuka sorang.. hubby ada jamuan berbuka dengan Menteri di opis.. ummu pun boleh hadir (sebab sama opis dengan hubby) tapi biasa lah kan.. pengorbanan seorang ibu.. kalau ummu pun ikut, sapa nak tengokkan budak² ni? masa berbuka tadi, ummu biarkan diorang layan tv.. bolehlah ummu berbuka dengan aman..

Monday, September 01, 2008

Puasa lagi

1 Ramadhan 1409H.. bulan berkat ni datang lagi.. ummu harap ummu berpeluang untuk beribadat dengan baik bulan ni.. insyaAllah..

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Handphone

Dalam 2 minggu ni hubby ummu dok survey handphone baru.. dia ada sembang ngan ummu pasal opismate pompuan dia yang asyik dok cite pasal blackberry.. hemmph.. tetiba dia cakap "rasa macam tak mengikut teknologi terkini plak" well, dia cakap camtu sebab tepon dia hanya ada basic features je.. ummu pun lebih kurang la.. up sikit je.. (sebab bila nak beli tepon canggih sikit dia mesti bagi 'tazkirah' panjang.. :p~)

la ni dok survey handphone nokia.. yang well.. latest la kot.. boleh buat flexi-payment.. kalau boleh ada video calling tu.. kot nanti hubby kena ke oversea lagi, leh budak² ni tgk muka ayah diorang..

Friday, August 29, 2008

Bazaar pre-Ramadhan

Today puspanita LHDN ada buat bazaar.. biasa la kalau bazaar ni.. banyaknya jual kain baju.. tudung.. tambah² nak masuk bulan posa ni.. memang banyak selection baju raya & tudung raya..

Ummu turun ke bazaar macam orang pompuan lain.. niat dihati nak tengok² je.. bawak la jugak duit beberapa ratus puluh ringgit.. bila balik opis semula, tengok dah ada 2 3 beg.. eh! bila pulak ummu beli ni?? ;p

Thursday, August 28, 2008

Eh.. ada wrinkle ke ni??!!

Bila dok belek muka ummu masa cuci muka, ternampak la fine wrinkle kat tepi mata ummu.. hah!! makcik dah betul² 'MAKCIK'! huh menggelabah beb.. mula la sibuk nak treat muka sewajarnya.. memang sebelum ni ummu take for granted je dengan kulit muka ni.. setakat pakai facial foam.. dengan moisturizer je.. pulak tu beli off shelf je.. carik yang murah.. heheh..

bila dah nampak makin 'tua' ni, baru teringat nak jaga muka.. dah terlambat ke?? ntah.. harapnya belum la kan.. heheh.. ummu buat la survey beberapa produk.. tak nak yang peeling effect sampai yang merah muka macam udang kena bakar tu.. dan kalau boleh produk tu sesuai la dengan kulit ummu.. so at last, ummu pilih produk AG2000.. (bukan promo ni!)

So far, ummu just pakai yang basic je.. facial foam.. moisturing & firming serum.. malam pakai age defying cream (which selalu lupa nak pakai pun..).. pastu baru 2 minggu tambah cleansing milk, blemish gel (ni utk black headsku) dengan eye cream (jaga mata beb!!)..

Komen ummu, so far boleh tahan.. paling suka lepas cuci dengan milk & foam tu.. lembut betul kulit muka.. keseluruhannya muka ummu takde la nampak perubahan ketara lagi.. baru pakai kan.. nanti la kot muka dah lawa sok baru leh recommend kat orang lain plak kan?? hahahah

Makcik kaya!!

Baru tadi ummu ke pejabat pos claim rebate road tax.. dapat la RM625 tunai...

Baru tadi jugak ummu bayar yuran nursery untuk budak bertiga tu.. hilang RM600 tunai...

:: takdan nak merasa kaya RM600 duit rebate..

Wednesday, August 27, 2008

Kawan lama

Hari tu balik kampung masa kenduri rumah makcik ummu, ummu ada jumpa kawan lama zaman sekolah rendah dulu.. memang sangat lama tak terserempak jumpa dengan mamat ni.. semenjak lepas upsr.. bawak haluan masing² ke sekolah berbeza memang takde kepentingan peluang nak jumpa..

Masa tu kat sekolah mamat ni la rival ummu.. kalau ummu dapat nombor 1 dia mesti dapat nombor 2.. vice versa.. tapi selalunya ummu la yang nombor 1.. hahahah (gelak riak).. mamat ni glemer kat sekolah.. dia head prefect.. captain bola sepak sekolah.. masuk pertandingan tahfiz sekolah rendah (which ummu pun wakil sekolah.. riak lagi! hins.. hins..).. and dia ni dinobatkan sebagai tokoh kanak² peringkat negeri Pulau Pinang (kalau tak caye carik la maklumat tokoh kanak² PPinang tahun 1989) grand tuh!

Now dia dah kahwin anak sorang.. kerja.. lupa plak nak tanya.. and.. mak ai! bulatnya badan!!

Saturday, August 23, 2008

Kenduri kahwin

Last weekend ummu balik kampung.. kenduri sepupu ummu.. sepupu ummu tu lelaki.. and the wife.. tinggi! lebih tinggi dari sepupu ummu tu.. bila ummu cakap dengan dia.. memang kena mendongak.. ummu ni kalau nak ikutkan dah dalam kategori pompuan tinggi.. dia lagi tinggi.. heheh.. bagus la tu.. kata orang tua, murah rezeki.. insyaAllah.. Tahniah Wan dan Wani..

Masa kat kampung.. ummu tengok abang ummu ada buat projek baru.. dia ternak ayam semula.. dulu masa ummu kat universiti pun dia memang dah bela ayam.. tapi pastu stop.. now.. dah start balik.. dia baru beli anak ayam gajah.. ayam daging dengan ayam kampung.. tu la pertama kali imran dan izzat tengok anak ayam secara live..

Ummu tanya abang kenapa dia bela ayam semula.. katanya saja nak mengorganikkan makanan harian.. ayam zaman sekarang pun kebanyakannya ayam cucuk.. hemmph.. betul tu.. ummu tak leh la nak bela ayam atas kuaters ala apartment ni.. mana ada ruang..

Thursday, August 07, 2008

Simpanan

Sekarang ni zaman 'penjimatan'.. harga barang naik.. satu malaya tahu tu.. ummu tak rasa sangat penangan harga minyak naik sebab pertama.. rumah dekat je ngan tempat kerja.. kedua.. duit minyak hubby yang bayar heheh..

Ummu ni tak banyak duit.. ummu start menyimpan pun masa ummu start kerja.. dapat gaji mula² dulu ummu mesti ketepikan sikit.. dalam RM150.. time tu dah banyak la.. gaji ciput je..bila gaji dah makin bertambah ni banyak sikit simpan.. nak menyimpan ni kena disiplin jugak.. kekadang tu kalau terlupa.. duit yang dah diniatkan nak masuk bank diguna beli benda lain pulak.. so.. first thing ummu buat.. dapat gaji je.. gi bank dulu simpan certain amaun dalam ASB.. pastu nak guna duit yang ada tak le rasa bersalah.. kan?

Sejak kawin ni.. hubby ummu perkenalkan cara lain pulak nak generate duit.. melabur.. saham.. FD.. insurance.. ok la kan.. ASB pun actually hubby yang bukakan.. heheheh.. sekarang nak beli syer pulak.. insyaAllah, kalau rezeki ada.. dapat untung lebih.. ada la rezeki anak² bila depa besar nanti..

::simpanan di hari tua.. hari susah.. anak²..

Thursday, July 31, 2008

Maid

Ummu ada baca blog kawan ummu.. dia dok story pasal maid dia.. ummu terpikir jugak cemana la kalau ummu pun amik maid.. mungkin memang rumah akan kemas dan teratur la sepanjang masa.. time bersama anak pun mungkin memang lebih panjang.. boleh spend masa yang lebih dengan anak²..

Yang tak best nya.. privacy takde la.. nak bertikam lidah bergurau senda secara terbuka dengan hubby dah kena kontrol.. pastu dengan perangai maid yang tak tentu lagi boleh diterima atau tak.. ada yang o.k.. ada yang k.o.. semak jadinya hati..

Moral of the story, kena la berpenat lelah sikit dengan hal rumah tangga ni.. kena la bersabar sikit dengan rumah yang berselerak ni.. kena la redha dengan masa yang boleh diluangkan dengan family.. asalkan hati tak semak..

Monday, March 17, 2008

News updates

Wah.. lama sungguh tak posting.. well, alasan sama macam selalu.. tak berkesempatan.. walaupun banyak perkara dah berlaku..

First of all, hubby ummu dah start kerja semula starting March ni.. izzat dah celebrate his 2nd birthday on 17th February and boleh cakap sikit².. imran plak eventhough belum sampai birthday dia lagi, which is on April, dah mintak hadiah.. so, ayah dia dah belikan basikal kecik kat dia.. hemm.. anak²..

As for me.. alhamdulilLah, this year dapat kenaikan ke gred 44.. and the best thing ever, ummu selamat gave birth to a baby girl.. alhamdulilLah.. Allah makbulkan doa ummu sepanjang mengandungkan dia.. mudah bersalin dan dapat sorang girl..

Puteri ummu ni kami namakan Nurnisa Husna.. lahir hari Sabtu, jam 7.33 malam (waktu Maghrib tu..) berat dia 2.92 kg.. berat sikit daripada izzat.. 2.91 kg.. masa first time nurse tunjukkan dia kat ummu after birth tu, ya Allah.. hanya Allah yang tahu perasaan ummu.. terkejut sebab tak sangka dapat baby girl.. and rasa macam nak turun dari katil bersalin tu nak buat sujud syukur! berbunganya rasa hati.. hubby ummu pun terkejut.. mana taknya.. sepanjang ummu pregnant, semua orang yang tengok perut ummu kata maybe dapat baby boy sebab perut ummu bulat dan muncung kedepan..

Kuasa Allah.. dan mungkin doa ummu sepanjang pregnant dimakbulkan, a girl was born in this family.. alhamdulilLah..

Husna 30 minutes after birth