Sunday, December 16, 2007

Tak sihat

Ummu baru je sihat dari sakit 'biasa' yang rasanya sangat lama.. sakit biasa la time cuaca tak menentu ni.. demam, selsema & batuk.. tapi rasanya kali ni teruk jugak demam ummu.. selsema dan batuk pun lama..

Hari tu, ummu balik kampung sebab abang, kakak ipar dan mak ummu buat kenduri doa selamat untuk ke Mekah buat Haji.. kebetulan keluarga mertua ummu pun ada kenduri nikah adik ipar yang perempuan tu.. Actually, seminggu sebelum tu hubby ummu dah kena demam selsema ni.. terjangkit pulak kat ummu.. ummu ingatkan macam kebiasaannya la.. ummu tak la kena dengan teruknya sakit tu.. tapi, hah.. hambik ngkau.. demam tu berlanjutan sampai ummu balik KL semula.. tambah dengan batuk yang teruk dan selsema melampau.. aduhai.. yang tak tahan tu.. demam la.. nak bangun pun tak leh..

Masa kenduri nikah adik ipar, ummu actually tak larat sangat.. tapi dok teringatkan mak mertua yang bertungkus lumus sorang diri.. kena jugak gagahkan diri tolong dia.. sebab tu agaknya ummu makin teruk bila balik KL..

Dipendekkan cerita.. demam, selsema dan batuk tu berlanjutan sampai 3 minggu.. kat opis pun lemah.. kalau ikutkan hati nak je cuti.. tapi dok ingat nak cuti panjang untuk kenduri kawin adik-adik ipar nanti ni.. terpaksa jugak ke opis..

Apa nak buat.. nasib badan..

Tuesday, November 20, 2007

Kerja dan cuti

Hujung² tahun ni biasanya memang banyak benda yang nak kena settle kat opis.. hujung² tahun jugak ramai yang nak mengambil kesempatan bercuti sebab adanya cuti sekolah.. banyak kenduri.. banyak lagi cuti tahunan yang tak diambil..

Tahun ni ummu pun kena bercuti hujung tahun.. kerja kat opis memang banyak ada kerja.. tapi.. mak mertua nak buat kenduri sambut 2 orang menantu sekaligus tahun ni.. macam manapun kena jugak la ambil cuti.. bukannya cuti makan angin wehhh..

Harap bos dengan rela hatinya luluskan cuti..

Thursday, November 15, 2007

Clear at last

Ummu dengan hubby dah clearkan tanah sekangkang kera depan rumah dah.. lega rasanya.. cuma sekarang ni belum tanamkan rumput lagi je.. ummu siap ambil cuti semata-mata nak buat benda tu masa orang dok sibuk nak deepavali.. boss ummu pun pelik agaknya ummu ambil cuti masa tu..

Alasan ummu, sebab nursery tak cuti.. boleh tinggalkan the boys kat sana while ummu dengan hubby 'bekerja' kat rumah tu.. kebetulan, hari yang sama kontraktor yang buat wiring, cat dll kat rumah ummu tu pun datang nak buat finishing 'touch up' - nak ambil final payment jugak lerr..

Ntah kenapa kontaktor tu rajin pulak menolong bersihkan laman tu.. agaknye diorang kesian tengok hubby (yang tak berpengalaman) 'membajak' laman tu kot.. hahah.. bukan setakat depan je.. belakang pun dibersihkan sekali..

Lega.. agaknya kalau hubby sorang je yang buat.. sampai petang la kot..

Laman depan sebelum dibersihkan









Laman depan selepas dibersihkan









Laman belakang

Wednesday, October 24, 2007

Mari belajar tanam rumput

Ummu dok bersemangat dengan rumah baru ni.. susun atur perabot dah siap (cuma belum tau bila boleh direalisasikan).. design dapur dengan jenis hud/hob pun dah buat (cuma nak tunggu kemampuan kewangan 'boss' ;p).. sekarang dok design taman kat depan & belakang rumah yang sekangkang kera tu.. hahahah..

Sebelum nak buat taman kena ada at least basic idea dan knowledge dulu pasal nak buat taman ni.. jenis pokok nak tanam.. konsep yang sesuai.. kerajinan nak maintain (bab paling payah nak apply eheheheh..) so, bila berkelapangan je ummu baca majalah Laman Impiana (memang ummu suka baca majalah jenis ni.. Anjung Seri & Impiana).. browse internet sana-sini.. ni baru dapat satu site cara² nak tanam & jaga rumput carpet untuk laman.. bagus juga site ni.. kalau rajin nak tambah knowledge sila browse http://www.mynormas.com/

Monday, October 22, 2007

Hobi

Rasanya semua orang ada hobi masing-masing.. ada yang hobinya memasak.. tanam pokok bunga.. bela kucing.. kumpul setem (ada lagi ke yang suka kumpul setem??).. hobi ummu buat cross-stich dan buat jigsaw-puzzle.. dalam bulan puasa ni dapat lah siapkan satu set cross-stich yang dibuat dalam waktu santai..

Semalam masa dok mengemas rumah, ummu saja je selongkar barang² lama ummu yang ummu simpan dalam satu beg ni.. so, jumpa lah cross-stich lama yang dah tergendala dek sebab benang habis dan tak terbeli².. huh.. semangat nak buat nih.. ye la sebenarnya dah nak siap sesangat dah benda tu.. benang je yang tak cukup..

Korek² lagi.. banyak jugak benang yang masih elok tapi dah habis penggunaannya.. so, ummu decide nak recycle benang tu sumer untuk buat cross-stich lagi pakai pattern yang dah ada.. tukar² kaler je la.. heheheh.. lagi pun kain ada lagik..

Jigsaw-puzzle plak dah lama tak buat.. benda tu kalau buat memang melekakan.. kang tak ingat anak plak.. payah la.. nanti bila budak² tu dah besar, boleh la nak mulakan balik aktiviti tu.. ;p Lagipun ada 2 set puzzle yang belum diframe.. bila ntah nak framekan??

Friday, October 19, 2007

Rumah baru

Kami sampai KL dari kampung on Tuesday.. perjalanan balik tak jem.. alhamdulillah.. budak berdua tu pun tak la meragam sangat walaupun balik siang.. sampai KL pun awal lagi.. dalam kul 1.30 pm camtu.. sampai je rumah, ummu terus je sapu habuk.. vacuum carpet.. bla..bla.. so, dapat la rest the whole night.. (bekal lauk dari kampung banyak.. so, tanak nasik je la untuk makan malam.. eheheh)

Ummu cuti lagi the next day.. awal lagi ummu sound kat hubby nak gi tengok rumah kitorang yang khabarnya dah siap wiring.. pasang lampu.. cat.. grill..

Sepanjang bulan puasa, hubby sorang je yang selalu menjengah rumah tu tengok progress.. ummu tak larat nak pergi.. tak kuasa.. baik duduk rumah..
Kat sebelah ni gambar masa awal² dapat kunci.. tak buat mende lagipun..
Pepagi tu kitorang ke Putrajaya tengok rumah.. well, ok la.. seperti yang ummu nak..walaupun kemasan tak sekemas yang ummu harapkan.. still ada flaw sana-sini..
Sebelah ni pulak gambar selepas tambah grill dan wiring..

Kat dapur tak buat mende lagi.. nanti ummu kena survey dulu mana² kedai yang buat kitchen cabinet.. design apa² yang patut baru bagi tau boss (hubby la tu)..
Since sekarang mood kerja tak sampai lagi, ummu dok browse majalah deco.. nak decorate rumah plak.. eheheh.. nak berangan kejap.. cemana la rumah ni nanti siap kan?? ;p~

Thursday, October 18, 2007

Salam Aidilfitri 2

Kebiasaannya hari raya kita dah plan nak ziarah raya ke rumah kaum keluarga.. sama la kes ummu.. Plan canteekkk punya tapi takde la boleh ikut pun kekadang tu..

Ni antara aktiviti raya kami sekeluarga:

Raya Pertama

  • Pagi: Solat raya, ziarah kubur, bergambar raya di kampung Tok Wan Hashim (sebelah ummu)
  • Petang: Ziarah Makcik (adik abah ummu) yang duduk sebelah rumah je, balik beraya di rumah Tok Wan Mad (sebelah hubby)
  • Malam: Bemalam di rumah Tok Wan Hashim


  • Raya Kedua

  • Pagi: Ziarah jiran² (tak ramai jiran pun 2 buah rumah je), ziarah Mak Ngah (kakak abah ummu)
  • Petang: Packing barang untuk balik ke rumah Tok Wan Mad, melayan tetamu ziarah di rumah abah ummu
  • Malam: Majlis tahlil @ family gathering di rumah pusaka Tok Wan ummu (ni semua adik beradik arwah mak ummu memang every year ada majlis ni on malam raya kedua), bermalam di rumah Tok Wan Mad


  • Raya Ketiga

  • Pagi: Balik ke kampung asal Tok Wan Mad ziarah sedara mara di kampung (tak menjadi sebab diorang dah datang dulu.. heheh), bakal besan abah hubby datang dari Perlis
  • Petang: Open house sepupu hubby, open house abang ummu
  • Malam: Packing barang untuk pulang ke KL, kepenatan beraya..


  • Menanti photographer tak bertauliah bagi arahan posing untuk family photos.







    Majlis tahlil di rumah arwah tok wan ummu.. sumer ni sedara mara ummu sebelah arwah mak..







    Lagi gambar majlis tahlil..

    Salam Aidilfitri 1

    Ummu and hubby tak de masalah sangat dalam nak tentukan 'beraya dimana tahun ni' macam most of the couples.. kampung ummu dengan hubby dekat je dalam 15-20 minit perjalanan naik kereta.. dengan speed normal jalan persekutuan.. kami just kena atur 'nak solat raya' atau 'nak balik tidur kat kampung mana dulu'.. Tahun ni giliran bersolat raya dan tidur kat kampung ummu dulu.. petang raya baru balik balik kampung hubby.. yahooo!!

    Tahun ni kitorang balik raya awal 3 hari.. sempat berbuka puasa & sahur dengan keluarga di kampung kedua-dua pihak.. so, sahur dan berbuka on Wednesday di rumah ummu, sahur dan berbuka on Thursday di rumah hubby (kena tidur sana semalam la..) then, mak sedara ummu sebelah abah buat majlis berbuka @ family gathering @ kenduri tahlil di rumah dia on Friday... fair and square..

    Ummu tak ramai adik beradik.. 4 orang je.. tahun ni, kakak ummu yang tinggal kat K. Kangsar balik beraya kat kampung ummu.. meriah la raya tahun ni.. abang ummu yang sepatutnya beraya kat rumah mertua dia tahun ni pun join kitorang.. (rumah abang ummu sebelah rumah abah je.. erkk.. ) adik ummu memang dah balik bercuti seminggu dah..

    Ni gambar keluarga selepas solat raya.. kat tengah tu abah dengan mak (mak ganti kami)..

    Cuma yang kurangnya.. arwah yang takde.. ummu dengan kakak ziarah kubur arwah mak sebelum solat raya pagi tu.. seperti biasa.. walaupun dah 6 tahun arwah dah takde, ummu masih menangis masa ziarah ke sana.. izzat tolong kesatkan air mata ibu dia ni.. pelik agaknya dia.. heheh..

    Tuesday, October 09, 2007

    Roti Jala

    Actually ummu dah lama teringin nak makan roti jala.. yang beli kat pasar Ramadhan ada saja yang tak sedap.. rotinya tak penuhi citarasa.. kuahnya yang tak ada rasa dan cair..

    Kebetulan, jiran ummu ada bagi kuih berbuka yang dia buat weekend tu.. fikir punya fikir, ummu decide nak buat roti jala.. alang² nak balas pinggan jiran, buat untuk diri sendiri jugak..

    Berbuka semalam memang terasa sungguh puas hati.. dapat makan roti jala cicah kuah kari ayam yang pekat dan banyak lauknya.. eheheh.. biasala buat untuk makan anak beranak.. mesti puas hati punya..

    Semalam jugak ummu marathon.. balik kerja terus bergegas buat roti jala.. kari ayam.. mee goreng.. lepas solat Isyak.. packing baju untuk balik kampung malam ni.. basuh baju mana yang sempat.. lipat mana yang dah kering.. sediakan duit raya.. etc..etc.. sampai kul 1.30 am camtu baru siap.. sakit pinggang ummu ni.. Tuhan je yang tahu.. tapi takpe.. nak balik kampung punya pasal..

    Sebelum tidur, terpaksa la masak nasik siap².. takut terbangun lambat.. esok pagi panaskan kari ayam je la.. cukup untuk sahur kami berdua.. and, memang terbangun lambat pun.. 5.15 am terjaga.. macam lipas kudung pulak panaskan lauk sumer.. kejutkan hubby untuk sahur.. mujur sempat jugak.. eheheh..

    Sat gi lunch hour nak balik rumah sat untuk masak berbuka.. goreng daging black paper and buat sayur sawi sikit.. pastu tanak nasik siap².. petang karang sebelum hubby ambil kami kat opis, biar dia yang panaskan lauk, buatkan air panas dan pack makanan tu sumer.. pastu.. balik kampung!!

    Harapnya hari ni ummu tak terkena gastrik lagi la..

    Monday, October 08, 2007

    Gastrik

    Puasa tahun ni walaupun ummu pregnant, ummu terpaksa gantikan puasa.. sedih.. kecewa la.. masa pregnant kat imran dan izzat dulu tak pulak terkena sakit ke apa.. jauh sekali gastrik.. aduh.. memang pregnant kali ni lain sikit..

    Cerita gastrik ni mula awal bulan 8 tahun ni.. masa tu ummu baru je pregnant dalam 2 bulan lebih.. teruk sangat gastrik sampaikan ummu muntah².. memang tak leh nak makan apa pun.. mesti keluar.. masa tu dok kompius.. ummu ni alah mengandung ke penyakit lain? masa pregnant kat budak dorang tu ummu memang tak kena langsung alahan.. tak muntah langsung sepanjang pregnant..

    Dipendekkan cerita, hubby bawak ummu ke klinik.. doktor kata perut ummu berangin.. tapi dia pun pelik bila ummu tunjukkan tempat ummu sakit.. bukannya tempat biasa orang terkena gastrik.. tapi tempat biasa orang terkena apendics.. sudah.. so, dia suggest gi hospital.. tapi dia bagi jugak ubat gastrik..

    Esoknya tu, sakit tu makin terasa.. so hubby paksa ummu ke hospital.. cuak jugak dia.. tup² ummu kena tahan kat wad.. suspected apendics.. kalau betul tu apendics.. doktor nak operate malam tu jugak.. (itu kata doktor kat emergency la).. bila dah masuk wad, ada sorang doktor ni pulak check, and dia kata dia tak berani nak bedah lagi sebab ummu tengah pregnant.. kalau bedah camtu je takut effect baby.. lagipun baby kecik sangat lagi..

    Tengah malam tu jugak nurse sorong ummu jumpak dengan gynea untuk confirmkan sakit ummu tu bukan sebab² pregnancy.. and sah bukan sebab pregancy pun.. baby ok sumer..

    Alhamdulillah.. esoknya tu, masa darah ummu di check lagi (dah berapa kali diambik darah ntah..), simptoms makin kurang.. and all the doctors puzzled.. naper la pompuan ni sakit kat kawasan apendics.. Lastly, ummu tak jadi di operate tapi di beri ubat je.. they all nak tengok sama ada bilangan sel darah putih dalam darah ummu tu menurun ke tahap normal atau tak..

    Sedar² ummu dah dibenarkan balik rumah.. and sakit tu walaupun masih ada tapi dah kurang sangat.. yang paling best, doktor pun tak tau nak explain ummu sakit apa sebenarnya.. the best they can say.. maybe urine infection.. apa² je la kan.. asalkan tak kena operate.. baby tak apa² sakit makin kurang..

    Bila citer kat abah ummu.. kesimpulan dia senang je.. "hang alah mengandung kot".. eheheh..

    Monday, October 01, 2007

    Jadi cikgu

    Last week ada colleague ni datang jumpa ummu pasal aktiviti yang bakal diadakan oleh puspanita di bawah biro dia.. dalam tu, ada proposal untuk adakan kelas membangunkan laman web untuk ahli.. duration kelas, 2 jam.. tersengeh ummu tengok proposal tu.. memang la sapa yang buat proposal tu tak tahu yang kalau nak bangunkan a simple website pakai simple and standard tools sekurang-kurangnya kena tahu basic html codes.. ni nak mengajar makcik² puspanita yang mungkin (ditekankan.. mungkin je.. ada yang pandai..) tak berapa IT savvy sangat.. 2 jam pulak tu? sempat ke nak buat..

    Last-last ummu cadangkan bangunkan blog je la pakai blogger.. heheheh.. senang dan mudah.. boleh ajar yang basic je dalam 2 jam tu.. kurang-kurang dah boleh publish satu entri dalam masa 2 jam.. kalau nak mencantikkan blog masing² kena la adakan sesi lain pulak.. intermediate class.. then, advance.. So, diorang pun tukar la proposal tu.. and, guess what? ummu pulak yang diminta ajarkan... pulak??? Ingatkan nak mintak pendapat je.. :p

    Thursday, September 13, 2007

    1 Ramadhan 1428 H

    Salam Ramadhan..

    Sekarang dah time orang waktu kerja satu balik.. ummu jengok kat luar tu, punya la banyak kereta nak kuar dari opis.. dah jem.. ummu nak kejar amik budak berdua tu kat nursery plak ni.. sat gi takut stuck kat jem jugak.. hampeh.. ni la scene yang selalu berulang time posa.. dan tak pernah jumpak time biasa-biasa..

    Apa ek juadah berbuka hari pertama ni? Ikut hati nak je buat itu ini.. tapi, ikut kuderat, eheheheh.. senyum simpul je la..

    Selalunya ummu ngan hubby makan ringan² je time bebuka.. murtabak sikit.. kuih sikit.. kurma sikit.. tu pun dah kenyang.. makan nasik lepas hubby balik terawikh.. ummu amik kesempatan masak masa dia ke surau la.. lagipun ummu dah bertenaga sikit.. lebih lauk tu nanti simpan buat bersahur plak.. bangun pagi, tanak nasik je.. tak kelam kabut..

    Tuesday, July 03, 2007

    Parents day out

    Husband ummu tengah cuti semester 2 minggu.. Kitorang bawak budak berdua tu ke Melaka pulak kali ni.. 3 days 2 nights starting last Friday.. biasa la kalau ke Melaka, mesti bawak budak² tu ke zoo.. jalan kat bandar hilir and mandi kat Pantai Puteri.. so, habis out 3 days and 2 nights..

    Yesterday, ummu cuti lagi.. tapi still hantar budak berdua tu ke nursery.. ummu ajak husband gi tengok filem Transformers.. eheheheh.. lama dah tak tengok wayang sebenarnya.. and bila lagi nak keluar berdua kan? to my surprise, ramai audience dalam lingkungan umur kitorang yang datang tengok filem ni.. mana taknya.. kitorang membesar dengan kartun transformers ni la dulu...

    mengembalikan kenangan zaman kanak²..

    Wednesday, June 27, 2007

    PC baru

    Ummu dapat pc baru yang guna windows vista.. sebagai 'r&d' untuk application kat tempat kerja ummu ni la.. especially applications yang ummu jaga.. ntah apa la yang ummu buat kejap tadi.. tetiba je pc ni tak nak connect ke internet.. hah... haru.. ummu try godeh sana godeh sini.. tapi tak mau jugak jalan.. kerja ada nak kena buat nih!! Lagi satu takut jugak pc ummu ni dah kena hijack!!

    Kelam kabut ummu carik orang network tengokkan connection line ummu.. dia pun pelik tengokkan pc ummu ni.. dia pun godeh sana godeh sini jugak.. and at last, berkat kebijaksanaan dia.. pc ummu dah boleh sambung ke network semula.. sib baik... heheheh...

    Friday, June 15, 2007

    Kerja luar

    Ummu kena ke Bukit Tinggi untuk satu workshop ni selama 3 hari.. wah.. kemain lagi suka sebab tak pernah lagi jejak kaki kat sana.. (oh.. by the way.. we are staying kat Berjaya Hills Golf and Country Club.. bukan kat Colmar Tropicale.. ;p~)

    My comment.. - hmmpphh.. ok la..

    Kami dapat all access ticket for the whole 3 days.. so, apa lagi.. ini la peluang nak berjalan kan? Ummu sempat ke Colmar Tropicale.. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Japanese Tea House Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket and Botanical Garden.. tapi tak sempat nak ke Rabbit Park..

    Nanti bila berkesempatan.. boleh la naik sini bawak my boys main dengan arnab pulak..

    Monday, May 28, 2007

    Serabut perut

    Arwah mak ummu selalu cakap dia serabut perut kalau keadaan rumah yang tunggang langgang.. (akibat perbuatan anak 'bertuah' dia)

    Sekarang ni ummu pun dah rasa serabut perut jugak bila tengok keadaan rumah yang dah macam tongkang pecah.. (ok.. maybe ummu exaggerate sikit).. dek kerana anak bertuah yang dua orang tu.. buku bersepah sana sini.. building blocks tercampak merata-rata.. mini cars bersepah-sepah.. bengkak hati ni.. sebal pun ada..

    Tapi apa nak buat.. kalau marah pun, bukan diorang paham pun.. terpaksa lah ibu yang sorang ni terbongkok-bongkok kutip semuanya dan simpan balik.. dan seperti biasa, akan disepahkan semula nanti... hu..hu..huuuu...

    Monday, May 21, 2007

    Gaji naik lagi

    Berita pasal kenaikan gaji kakitangan awam dari 7.5 - 40 peratus daripada gaji pokok masih panas.. alhamdulilLah.. terima kasih Pak Lah kerana memperkenankan permintaan CUPECS tu.. eheheh..

    Yang best lagi, COLA pun naik 100%!!! wah.. bestnyer... ummu duduk di rumah kerajaan sekarang ni.. COLA hanya dapat separuh saja sekarang.. kalau dapat kenaikan 100%, lega banyak la ummu.. yahooo... :D

    Rezeki kami.. rezeki anak-anak.. alhamdulilLah.. syukur..

    :: ummu.. sila la bekerja dengan yang terbaik dan sebaiknya.. CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

    Saturday, May 19, 2007

    Ummu yang penat

    Weekend adalah hari yang ditunggu-tunggu sepanjang minggu.. dapat habiskan masa di rumah dengan keluarga.. (impian terindah :p)

    Habiskan masa dengan keluarga.. ya.. dan bermulanya tugasan berat di rumah.. biasa lah tu.. rasanya kebanyakan isteri/ibu kat dunia ni (terutamanya di Malaysia) akan alami perkara yang serupa.. tugas berat tu termasuklah menjadi amah.. tukang masak.. pengasuh.. tukang dobi.. dan lain-lain.. penat ooo...

    Weekend ummu, kalau takde rancangan untuk keluar ke mana-mana.. memang itu lah yang ummu buat.. tak reti nak duduk diam kat rumah.. ada saja kerja yang ummu nak kena buat.. akhirnya ummu sendiri yang flat bila dah sampai waktu malam.. especially masa nak tidurkan anak, ummu pun ikut tertidur.. eheheheh...

    Pernah jugak terfikir nak hire maid.. tapi.. ntah la.. ummu macam tak ready lagi nak sacrifice privacy family.. bila dengar cerita kawan-kawan, ada yang senang dengan maid masing-masing tak kurang jugak yang asyik bermasalah dengan maid.. Nasib la ek.. kalau dapat yang baik dan rajin buat kerja, mudah la kita.. tapi kalau dapat yang berat tulang.. rasanya macam menanggung kera atas bahu la pulakkan?

    Hemm.. apa-apa pun, rasanya ummu tak ready lagi kot nak hire maid.. selagi terdaya.. selagi tu la ummu akan laksanakan tanggungjawab sebagai surirumah.. walaupun tak sesempurna mana.. InsyaAllah..

    Friday, May 18, 2007

    Pengantin DiRaja

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Tahniah diucapkan kepada pengantin DiRaja Perak yang selamat diijabkabulkan pada 17 Mei 2007. Tahniah juga kepada rakyat Perak mendapat Raja Puan Besar Negeri Perak.

    Thursday, May 17, 2007

    Kerja yang seronok

    Book Fair 2007 haritu ummu gi sorang.. dah ajak hubby sama tapi dia malas.. bersungguh-sungguh ummu minta izin dari dia untuk ke book fair tu.. and at last, dia setuju.. ye la, bukannya jauh pun PWTC tu dari rumah kami.. tak sampai 10 minit dah sampai.. (tu pun hubby ummu hantar sampai ke PWTC.. hemm..) Seperti yang dipersetujui, ummu tak bawak budak berdua tu.. ye la.. cemana nak jaga kan?? so, secara tak rasminya, pagi tu adalah "hari cuti" ummu.. yahooo!!!

    Biasa lah.. kalau sorang, pergerakan senang sikit.. ummu ke booth Karangkraf.. satu hall tu dia punya.. huih.. banyaknyer buku/majalah.. ada meja untuk authors sign autograf.. happening la.. kat situ jer ummu dah spend dekat sejam.. eheheh.. masa berlegar-legar kat situ, ummu dok tengok those authors.. terfikir ummu, alangkah seronoknya bekerja macam tu.. bekerja dengan hobi kita.. kegemaran kita..

    Kerja ummu? hobi ke? tak jugak.. gemar ke? biasa-biasa je.. asal buat kerja dengan elok untuk dapat gaji hujung bulan.. bonus hujung tahun dan increment tahunan.. tu je.. (well kalau kerja ngan government ada la dapat insentif lain)

    Petang tadi sambil nak tunggu waktu balik, bersembang dengan collegue ummu tu..
    + jom kita tulis buku..
    - tu lah kan.. aku pun suka menulis ni.. kekadang tu idea mencurah..
    + kau nak tulis dalam bahasa Inggeris ke BM?
    - BI kot.. thrill sikit.. tak ramai penulis Melayu tulis novel Inggeris..
    + Cemana nak start ek??

    Kami tersengeh.. ntah.. taip jer kat PC.. laaa...

    Hati.. sabar lah dikau

    Awal pagi tadi dalam pukul 3 camtu ummu terbangun dari tidur.. jengok si abang dengan adiknya tidur.. aduh.. basah pulak si abang dek kerana minum susu dulu sebelum tidur tadi agaknya.. terpaksa la ummu tukarkan baju, cadar, lap yang mana perlu.. mula tu ok lagi.. ntah kenapa tiba² dia terjaga pulak.. bila dilihatnya ummu dah tukar cadar tilamnya, meraung lah dia.. alahai..

    Dah puas dipujuk, di'explain' dan seangkatan dengannya.. tapi tak nak jugak diam.. last resort, terpaksa minta tolong si ayah pulak pujuk.. yang tu satu lagi.. liatnya nak bangun.. mengalahkan anak dia.. bila diminta tolong pujukkan anak, kita pulak yang dimarahnya.. hish..

    Nak tambah bengang ummu, si kecik adiknya pulak terjaga.. betapa kuatnya raungan si abang.. ummu dah give up! apa nak buat ni.. kang terbangun pulak jiran².. ahh.. biarkan lah di ayah pujuk si abang tu.. lagipun memang semalam si ayah minta ummu kejutkan dia awal pagi sebab nak mentelaah.. ummu angkut si adik masuk bilik tidur dengan ummu.. tutup pintu dan pekak kan telinga.. :p~

    Wednesday, May 16, 2007

    Ummu yang malas

    Amboi.. dah lupa pulak pernah wujudkan blog sendiri.. lama nya tak post apa² dalam ni.. malas ke ummu?? =D

    Jawapan:
    - tak malas tapi banyak kerja.. tak sempat nak bukak blog (standard reason)
    - tak malas tapi tak de idea untuk posting (another standard reason)
    - memang malas.. eheheh (honest reason)