Thursday, November 17, 2005
PTK kali pertama
ummu nak ucap tengkiu kat hubby ummu.. sebab dia banyak tolong ummu dlm menguruskan imran sepanjang ummu nak exam ni.. and of course to imran jugak.. sebab tak banyak ragam sepanjang ummu tak temankan dia tido macam selalu (ye la.. kang ummu ikut tido jugak hahahah..)
Apa pun result yg nak keluar nanti.. terima je lah.. dah itu je usaha ummu.. tawakal kpd Allah.. apa-apa je lah..
Monday, October 31, 2005
Menjelang Aidilfitri
ummu berazam nak baca buku hari ni.. mana taknye naik jer raya nanti, ummu kena masuk PTK.. aduih.. parah pulak.. tak kan nak bawak buku byk2 balik kampung kot? tak logik la pulak kan? azam tu azam jugak.. tapi, kena bab yg ummu memang sejak dulu tak berapa minat.. Security.. walaweyy.. terseksa rasanya!
Anyway.. kepada sumer.. ummu dan family ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Tuesday, October 25, 2005
Rezeki bulan Ramadhan
Sampai jer rumah, ada lagi lebih kurang 20 minit nak berbuka.. cepat2 ummu jerang air kat dapur.. tup2 ayah Imran masuk ke dapur dengan sekotak ayam percik Ayamas.. pelik jugak ummu.. bila pulak la pakcik sorang ni sempat ke Ayamas beli benda ni..
"Rezeki kita.. jiran sebelah bagi" kata dia dengan muka ala2 lega gitu.. alhamdulilLah.. itulah.. agaknya rezeki untuk orang yang bersabar?
Monday, October 24, 2005
Ngidam
Tuesday, October 18, 2005
Ramadhan hari 14
Monday, October 17, 2005
Takde Kawan..
Friday, October 07, 2005
Adik Imran
Appointment pukul 2.00 petang.. kami dah sampai 10 minit sebelum waktu tu.. tapi, dok tunggu giliran, sampai pukul 3.30 petang.. baru turn ummu.. ohh.. rupanya doktor lambat sampai klinik sebab dia ke Hospital Selayang dulu.. nak marah ke? takleh.. posa..
Masa scan tu.. excited jugak ummu nak tahu adik imran ni boy ke girl.. lepas doktor tu tunjukkan kepala dia.. muka dia.. amik ukuran kepala, kaki, perut.. ummu tanya doktor tu.. tak nampak ke baby boy ke girl? doktor tu senyum je.. katanya baby ni sorok.. dahh.. sorang lagi.. macam abang dia la jugak..saja nak buat ibu dan ayah dia suspense.. Takpe lah.. boy ke girl ke, janji sihat dan sempurna.. InsyaAllah..
Thursday, October 06, 2005
Ramadhan hari 1
Friday, August 26, 2005
Musim cuti
Walau bagaimanapun, lain pulak cerita di office.. musim cuti ialah musim senyap.. mana taknya, punya la ramai amik cuti.. tapi tak boleh nak salahkan diorang.. atas sebab-sebab yang dah tersenarai di atas.. so yang tinggal, hanya mereka-mereka yang belum kahwin (read: sebab takde anak), mereka-mereka yang anak-anak masih kecil (read: ummu dalam kategori tu) atau mereka-mereka yang dipaksa tak bercuti sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan segera (read: ummu pun tergolong dlm group ni)..
Lepas habis kerja yang satu ni, ummu nak bercuti jugak! mujur imran belum sekolah.. boleh amik cuti bila-bila masa saja.. hahahah... tak sabar nak tunggu masa itu..
Tuesday, August 16, 2005
Zaman termanis
Banyak kenangan manis yang ummu boleh recall.. back from form 1 sampai la ke form 5.. cikgu-cikgu yang mengajarpun, ummu tak pernah lupa..
Cikgu paling lama kat sekolah, namanya Cik Sally (read: gelaran manja dari student).. dia ajar math masa ummu form 1.. dia ni memang ada gaya tersendiri.. kami satu kelas dah boleh tahu dia nak sampai ke kelas (dari jauh) hanya dengan dengar bunyi tapak kasut dia.. lagi satu special dia ni, dia tak pernah lupa nak bagi homework.. banyak pulak tu.. memang termengeluh jugak la masa nak dapat watikah senarai homework daripada dia.. eheheh..
Baru-baru ni ummu dapat berita Cik Sally buat treatment untuk breast cancer.. terkejut jugak ummu.. apa-apa pun, ummu harap dia tabah dengan ujian tu.. ummu doakan Cik Sally sembuh segera..
Monday, August 15, 2005
oooppss..
oooppss 1 : Niat di hati nak iron baju opis semalam, oooppss... tertidur pulak masa dok tengok tv :]
oooppss 2 : Terjaga pukul 4.30 pagi.. dah bangun nak iron baju, oooppss... imran pulak ikut terjaga.. so, buatkan susu dia dan temankan dia tidur semula.. dan ummu pun terlena jugak :(
oooppss 3 : Terbangun pukul 6.00 pagi.. alamak.. macam tak sempat je nak siap on time.. nak kena iron baju batik pulak tu, oooppss.. bertolak dari rumah lewat 15 minit.. macam tak sempat nak punch in on time jer? :o
oooppss 4 : Punch in lewat 3 minit, oooppss... dah tak sempat nak sarapan beb! :{
oooppss 5 : Sepatutnya hari ni kena arrangekan presentation untuk top management, oooppss... presenter mintak cancel sebab sakit.. nak wat cemana..
oooppss 6 : Bila baca balik blog ummu, oooppss... dalam entri Long Lost Friends tu ummu salah masukkan.. sebenarnya 10 tahun meninggalkan zaman sekolah.. bukan 20 tahun.. eheheheh.. (read: 'muda' lagi ummu rupanya.. :D)
Thursday, August 11, 2005
I'm amazed
Everyday, ada saja benda baru yang imran tunjuk.. ummu betul2 impress bila imran dapat recognise kipas.. tak kisah la itu kipas dinding yang tergantung kat dinding ke, kipas siling ke.. stand fan yang tinggi ke atau stand fan yang rendah tu.. bila dia nampak that object, dia akan sebut "..pas".. rasanya yang ummu perkenalkan kat dia, kipas siling yang tergantung kat living room tu aje.. alhamdulilLah.. he'll become a smart kid nanti.. insyaAllah..
Long Lost Friends
Cerita punya cerita.. baru ummu dapat tahu yang lagi 2 kawan ummu punya la dekat dengan ummu.. it's just sorang pun tak tau realiti tu.. sorang, doktor kat Hosp Selayang.. sorang lagi, baru bersalin.. jugak kat hosp yang sama dan tukang sambut anak dia.. itulah kawannya.. kawan ummu yang contact ummu ni pun baru jer d&c di hosp yang sama.. and, ummu pun dalam perancangan nak bersalin 2nd child kat sana.. insyaAllah.. huih.. rupanya.. nanti Hosp Selayang menjadi sejarah pertemuan 4 sahabat baik..
Harapnya, nanti dapat la kami berhubung semula.. walaupun dah 20 tahun meninggalkan zaman yang sangat manis semasa di sekolah..
Wednesday, August 10, 2005
Darurat
Ntah la.. rasanya macam dah tak sihat pun.. ummu selalu je kena sakit kepala.. yang lagi kesian, Imran tu.. takut karang dia tak sihat (read: sakit) .. sapa yang susah? dia dan keluarga dia juga yang susah.. ??
Saturday, August 06, 2005
Double joy
Second joy.. hubby ummu dah dipanggil interview untuk sambung masters under government scholar.. ummu memang doakan hubby ummu dapat tawaran tu nanti.. kalau ada rezeki, boleh kami sambung belajar.. kami? ntah.. ramai kekawan yang suggest ummu amik masters sekali.. under spouse programme.. tak rugi.. gomen bayar study fees untuk spouse.. hmm.. bila pikir-pikir balik, masa tu dah ada 2 anak.. rasanya baik ummu jaga diorang je masa tu.. sambil tu, ummu boleh cuti... takyah nak pikir apa-apa.. tak tawu la.. kalau dia dapat, nanti baru pikir la..
Apa-apa pun, syukur kehadrat Allah.. dengan kedua-dua kegembiraan ni..
Sunday, July 24, 2005
Aktiviti menyihatkan badan
Bagi ummu pulak, semangat ummu lebih nak mengadap buku.. apa lagi.. untuk ptk la.. boleh la habih satu chapter.. bila lagi kan? kalau kat rumah tu, kena tunggu imran tidur baru ummu boleh bukak buku.. tapi yang selalu jadik, bila imran tidur, ummu pun tidur sekali.. hahahah..
Hari ni, ummu pulak excersice.. bukannya dengan jogging.. tapi, dengan mengemas rumah.. menyapu sampah.. vacum carpet.. buang sawang.. basuh baju.. sidai.. iron baju.. masak.. bla..bla..bla.. tu tak campur dengan layan kerenah imran lagi.. ayahnya, dengan tugasan biasa hujung minggu.. ke pasar.. warrgghh.. penat.. memang tak payah jogging pun dah consider sihat ummu ni.. kan?
Wednesday, July 20, 2005
InfoHunt 2005
Kat tempat kerja ummu sekarang ni tengah bulan membaca.. banyak la program pihak resource center anjurkan.. salah satu daripadanya, pertandingan infohunt ni.. sebelum² ni ummu tak pernah minat nak masuk benda ni.. entah kenapa tahun ni, nak pulak buat benda² ketidaklaziman ummu tu.. huh.. jangan tak tahu.. sanggup duduk kat library belek² buku untuk cari info yang diminta tu.. hahahah.. ummu ke tu?
Monday, July 11, 2005
Tumbesaran normal..
Imran sekarang dah pandai buat perangai.. dah pandai nak merajuk dengan ummu, dah pandai nak bermanja dengan ummu.. dan dah pandai nak cemburu.. pantang ummu pegang baby lain kat nursery tu, dia mesti nangis tergolek-golek minta ummu ambik dia pulak.. aduhai.. cemana nak ada adik kalau macam ni sayang? Kalau dia dengar kereta ayah dia sampai depan rumah pulak.. cepat-cepat dia ke depan pintu nak sambut ayah dia.. hai.. manja sungguh..
Ummu rasa, perkara tu normal la kan untuk baby yang tengah membesar macam dia.. kadang-kadang bila tengok gelagat dia macam tu, terasa terhibur jugak.. Imran pun dah faham arahan sekarang.. kalau ummu minta dia ambilkan botol susu dia ke.. ajak mandi ke.. dia dah boleh buat dengan tepat sekali.. alhamdulillah.. normal la tu..
Thursday, July 07, 2005
Imran dan sungai
ummu saja try using the blogger image tu.. pasni senang la dah leh upload je terus dari hard drive ni..
Examinations
Bila ummu join jer government, salah satu syarat untuk confirm, kena amik exam undang-undang.. pas lulus tu pulak kena ke induksi umum.. pun kena amik exam masa induksi tu.. bila dah confirm, kena pulak amik PTK.. untuk kenaikan pangkat dan anjakan gaji.. memang la JPA tak tetapkan masa kita amik PTK tu.. tapi, sapa yang tak nak naik pangkat atau naik gaji kan?? cemana pun mesti nak kena amik jugak.. pulak tu, ada TK1 sampai TK6.. huh.. sayup mata memandang.. ummu baru nak mulakan langkah ke TK1..
Tapi, ummu tak nak la pandang exam tu sebagai perkara yang negatif.. tujuan buat PTK tu untuk nak make sure semua orang gomen competent (so they say..).. ok la tu.. dan ummu rasa lagi satu reason is nak orang gomen aware dengan semua dasar yang Kerajaan buat.. ummu confess.. kalau tak exam ni, jangan harap la ummu nak bukak buku Perintah Am, PKPA, dasar-dasar dll tu.. eheheheh....
Hujung munggu ni ummu ngan husband ummu nak start 'mengulangkaji'.. kalau boleh biar la amik sekali jer dan lulus tahap 4.. amin...
Wednesday, June 22, 2005
Aaaa...yah vs. iii...bu
Semenjak imran demam haritu, dia dah pandai nyebut aaa...yah... dengan lunak dan manja sekali.. warrggghh.. nape la ayah yang disebut dulu?! bukannya iii...bu?? huh.. dengki la jugak kat husband ummu tu.. penat ibunye jaga dia, ayahnya dulu yang disebut-sebut.. manja pulak tu.. jelesnyerrr.. nanti kalau dia dah pandai nyebut 'ibu', mesti ummu terharu+syahdu.. sob..sob.. bila la nak dengar imran panggil 'ibu'?
Monday, June 20, 2005
Kesian anakku
Abah bawak banyak daun-daun dari kampung untuk imran.. daun semambu untuk tujuan 'bedak' bila chiken pox imran dah kering.. dan daun 'kacang munggai' untuk buat mandi imran.. petua orang tua-tua.. ikut je la.. ummu tak sempat nak buat kajian saintifik dengan daun-daun tu.. pastu mak mertua ummu pun pesan suruh bagi imran minum air kelapa muda.. katanya untuk bagi semua poxes tu keluar.. itu lah nyer.. lepas bagi minum air kelapa muda tu la dia demam tu.. alternatif lain, bagi dia minum sup ayam.. eheheh.. kata suami ummu, agaknya sebab benda tu pun 'chiken' kot.. hemmph.. apa-apa lah.. semoga imran cepat sembuh..
Friday, June 17, 2005
Kerja 5 hari seminggu
Ummu memang selalu bersungut kalau kena datang kerja hari Sabtu. Rasa macam buang masa je.. memang mental ummu pun malas nak kerja hari Sabtu.. Sanggup pulak tu ambil cuti hari Sabtu walaupun rugi separuh hari.
Bila dah cuti hari Sabtu, macam-macam aktiviti boleh plan dah.. yang melibatkan kos tertentu atau yang tak payah kos langsung.. at least tak berada dalam ofis dan masa tu dapat dihabiskan dengan imran dan ayahnya.. huahahahahah... beshhh..
Thursday, June 16, 2005
Chiken Pox
Wednesday, June 15, 2005
Gastrik
GASTRIK / ANGIN PERUT
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor yang perlu diperhatikan ialah:
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi. | |
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain. | |
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome | |
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku. | |
orang yang berdarah jenis A. | |
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan. | |
perokok. | |
pemakanan yang tidak terurus. | |
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini. |
Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut | |
rasa pening kepala. | |
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap. | |
muntah. | |
badan rasa lemah lesu. | |
berat badan menurun. | |
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah). |
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong. | |
rehat yang lebih. | |
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas). | |
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut. | |
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut. | |
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan. | |
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan. |
Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik. | |
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya. | |
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole. | |
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol). | |
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali. |
Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.
Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.
H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka. | |
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera. | |
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan. Dipetik dari laman web Farmasi Anis. |
Sunday, June 12, 2005
Notebook baru
Petang tu husband ummu saja tengok balik brochure yang ummu amik dari booth tadi.. pastu dia mula la buat analisis (typical of him.. :) ) tanya itu dan ini.. buat comparison dengan notebook lain.. pikir risk yang bakal dihadapi.. bla.. bla.. last-last dia kata ok la.. kita beli.. cam tak pecaya pulak ummu dengar dia kata cam gitu.. selalunya ada saja la alasan dia bagi.. eheheh.. so, ummu call dealer tu and ask her to reserve satu notebook tu.. dia kata dah tinggal lagi 2 jer.. halamak.. so, ummu promise akan pi amik notebook tu malam tu jugak..
Pendek cerita, akhirnya ummu dapat jugak own a notebook.. ni tengah typing the blog using the new notebook la.. ehem..
Thursday, June 09, 2005
Grooming
Yang paling ummu berkenan, masa diberi tips-tips nak buat sendiri mansian susu, mandian rempah, mandi bunga dan lulur. Kat sini ummu bagi 'resepi' tu:
Mandi susuBanyak lagi sebenarnya tips-tip yang diberikan. Nanti ummu senaraikan satu persatu lah.
1 liter susu segar dicampur aroma oil dan bubble bath
Mandi bunga
Rendam bunga-bunga yang wangi dalam air mandi dan tambahkan air mawar serta bubble bath
Mandi rempah
Rebus rempah ratus (halba, serai/serai wangi, kulit kayu manis, jintan manis dan jintan putih serta daun pandan) dan campurkan dalam air mandian.
Kat sini ummu nak ucap terima kasih pada Puan Yasmin Sidik yang dah ajar ummu banyak benda mengenai grooming ni dan Puan Rohani Mazlan yang beri tips-tips untuk public speaking. InsyaAllah, Pengetahuan tu tak akan ummu sia-siakan.
Monday, June 06, 2005
Balik kampung jugak?
sebelum subuh, ummu dah terbangun.. tengok suami ummu dah mandi dah.. katanya dia dah rasa sihat sikit dan buat keputusan nak balik kampung pagi tu jugak.. sebelum tu kena amik sepupu dia balik sekali.. apalagi.. kelam kabut jugak nak pack semua barang dalam masa sejam.. mujur balik 3 hari jer.. tak banyak sangat barang yang nak bawak balik.. cuma barang imran je la kot yang banyak sikit.. dia sorang je satu beg..
kami sampai kampung dah nak masuk zohor.. orang pakat dok siap nak gi solat Jumaat.. kami memang dah jangka tak sempat nak tengok mayat dah.. sebab dah dikebumi pukul 11.00 pagi lagi.. nak kejar solat Jumaat.. suami ummu terus je ikut abah dan adik² dia ke masjid.. pas solat, dia terus ke kubur.. ummu tunggu je kat rumah chik.. emak mentua dengan ipar ummu pun ada lagi.. pas makan tengahari, kami pakat² beransur balik ke rumah..
malam tu kami tidur kat rumah family ummu, kebetulan kakak ummu pun ada kat kampung.. cuti sekolah.. esok malam kat sebelah suami pulak.. itulah, kampung kami dekat.. kena lah adil pulak.. walau balik sekejap, kena gilir².. nak jaga hati orang tua kan..
Thursday, June 02, 2005
oh telefonku!!
Ngantuknyerrr...
Tuesday, May 24, 2005
Hujung minggu di KL
Program:
Sabtu pagi - pusing² Putrajaya, bergambar di Dataran Putra dan bawak ke tapak bakal rumah kami di Desa Pinggiran Putra
Sabtu petang - ke rumah Mak Teh di Taman Tun
Sabtu malam - rehat
Ahad pagi - ke KLCC naik Putra LRT dari KL Sentral, bergambar di KLCC dan balik ke KL Sentral menaiki monorel (ummu pun first time naik monorel)
Ahad tengahari - ke Puchong Utama, kedai dobi sepupu mak (Pak Ngah) dan lunch di sponsor oleh Pak Ngah
Ahad petang - ke nursery bunga, mak beli 2 pasu orkid
Ahad malam - rehat
Isnin pagi - hantar ke stesen bas di Jln Duta
Boleh tahan penat!! :)
Tuesday, May 17, 2005
Tok Wan dan cucunya
Seronok abah ummu melayan imran yang baru boleh berjalan tu.. ummu biarkan je dua beranak tu main kat kawasan masjid putrajaya.. tak sampai hati nak ganggu diorang.. hmmm.. nampak sangat abah rindu Imran.. sampai dia sanggup tak ikut ahli rombongan lain ke JPM semata-mata nak bersama Imran.. ummu taknak la abah tak ke mana-mana bila dah sampai putrajaya ni.. so, ummu pun bawak abah round Putrajaya.. lalu PICC, Palace of Justice, tengok jambatan² canggih kat putrajaya.. dan, ke tapak rumah ummu kat desa pinggiran putra..
Sebelum bertolak balik ke Bukit Mertajam, rombongan tu nak solat dulu kat Masjid Negara.. ummu offer hantar abah ke sana, dah alang² ummu pun nak hala ke situ.. sekurang-kurangnya, ada lagi sejam dua abah dapat layan imran.. ntah.. ummu yang rasa cam tak sampai hati nak balik cepat².. biar la abah puas melayan imran tu.. kalau nak harap ummu balik kampung, ntah bila..
Tuesday, May 10, 2005
New born
baby kesayangan ummu - Imran.. 040404
baby Wan Shuk.. 050505
baby ???.. 060606 - adik imran?? eheheheh...
Monday, May 09, 2005
Nursery rhyme
Twinkle twinkle little star..
How I wonder what you are..
Up above the world so high..
Like a diamond in the sky..
Twinkle twinkle little star..
How I wonder what you are..
Masa book fair di PWTC hari tu, ummu ada belikan baby Imran VCD nursery rhyme.. suka sungguh dia kalau nampak ummu pasangkan vcd tu.. dan dia boleh duduk dengan khusyuknya menonton kartun tu menyanyi dan menari.. ummu pun suka.. sebab bila balik kerja, lepas ummu mandikan dia, ummu akan pasangkan vcd tu dan... itulah masanya ummu pula mandi dan buat kerja rumah.. :]
Tuesday, May 03, 2005
Nak demam
Nak demam?? Isykh.. ummu tak nak demam.. tapi terasa seperti demam.. kepala pun ala-ala lembab je.. Walau macamana pun, ummu bersyukur.. hanya ini sakit yang Allah kurniakan buat ummu ingat padaNya.. ummu berdoa, semoga dijauhkan ummu sekeluarga daripada penyakit berbahaya dan memudaratkan.. amin...
Thursday, April 28, 2005
Taksiran sendiri
sekarang borang ummu pada suami ummu.. tugas dia pulak untuk hantar ke LHDN tu.. heheheh... pihak LHDN khabarnya tak akan lanjutkan lagi dah tarikh penyerahan borang tu selepas 30 April jam 10.00 malam.. takpe, opis kami sebelah je dengan LHDN HQ tu..
Thursday, April 21, 2005
Cuti
Tuesday, April 19, 2005
Tandas awam
Wednesday, April 13, 2005
Langkah pertama
Bina Semangat
Kat sana, antara aktiviti yang ummu berkenan, abseiling.. dan kembara.. tak sangka ummu berpeluang buat abseiling lagi lepas kena gi BTN masa zaman U dulu.. kembara pulak, kebetulan masa tu baru je hujan lebat.. apa lagi, track punya la licin.. kumpulan pertama yang lalu track tu ok la.. tapi kalau yang dah kebelakang ni, huh.. cabaran sungguh..
Aktiviti lain, macam biasa.. time ceramah, mata pun kuyu jer.. time LDK, pada ummu bermanfaat la.. sebab group LDK ummu memang banyak bagi input.. aktif berdebat dan memberi idea.. banyak maklumat yang ummu dapat.. memang membuka minda ummu.. komen ummu.. BAGUS..
Dorm-mates ummu pun, best.. ceria dan sangat meriah.. memang kalau duduk dorm tu, happening sikit.. rasanya, diorang ni la yang berjaya buat life ummu selama 5 hari kat dalam hutan tu ceria.. TQ to Lily, Sue, Syuhada, Ita, Tina, Fairuz, Kak Hanis, Ain and Cik Ti.. hopefully, friendship yang terjalin dapat diteruskan sampai bila²..
Wednesday, April 06, 2005
Rindu..
Percubaan posting dari email..
Monday, April 04, 2005
Happy Birthday!!
Happy birthday to you..
Happy birthday dear Imran...
Happy birthday to you...
Hari ni genap setahun umur baby Imran.. alhamdulilLah..
Sunday, April 03, 2005
Hujung minggu yang Tenang
Friday, April 01, 2005
Sihat ke kita??
Ummu baru siap check kesihatan tadi.. AlhamdulilLah.. kandungan kolestrol dengan glukos ummu normal.. tekanan darah pun ok.. cuma, ummu ni tak cukup berat.. alahai.. memang itu la masalah ummu dari dulu.. susah betul nak tambah berat badan.. bukan ummu tak makan.. memang tak pernah miss waktu makan langsung.. bertambah waktu makan tu, ada la.. tapi, still tak cukup.. kata kaunselor tu, muka ummu pucat.. lagi la pulak tu, ummu masih breast-feed baby imran.. pastu kaunselor tu cakap, ummu tak yah excercise.. eheheheh.. bab tu ummu angguk!
Thursday, March 31, 2005
Diam
Tuesday, March 29, 2005
Gegaran
Pada ummu hari ni pun ada gegaran juga.. gegaran dalam jantung yang insyaAllah masih berfungsi dengan baik.. gegaran pertama, tadi ummu melawat anak kawan ummu yang disyaki kena denggi kat Institut Pediaterik HKL.. baby tu baru 9 bulan.. mengalir air mata ummu tengok dia dalam ICU.. Ya Allah, selamatkanlah anak ini dan tabahkanlah hati ibu bapanya.. Ya Allah, peliharalah kesihatan ummu sekeluarga terutamanya anak ummu yangbaru nak mencecah setahun..
Gegaran kedua, dapat berita yang mengconfirmkan bahawa immediate bos ummu dapat naik pangkat dan bertukar ke tempat lain.. tahniah buat bos dapat naik pangkat.. tapi, kecut perut ummu dengan tugasan yang banyak dan perlukan bos untuk buat beberapa keputusan penting tu.. Alahai.. bergegar jantung ummu..